Quantcast
Channel: Persada sites
Viewing all 188 articles
Browse latest View live

Rebat Telefon Pintar 3G Disambung

$
0
0

Kerajaan akan menyambung / dibuka semula pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G kepada golongan belia bermula 3 Septembar ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, sebelum ini, program itu dihentikan sementara untuk memantau keberkesanannya.

"Kita akan agih semula baki pada 3 Sept ini," katanya kepada pemberita ketika mengagihkan Jalur Gemilang di Manir dekat sini semalam.

Tambahnya, kerajaan sudah membelanjakan RM1.42 juta sejak program itu bermula Mac lepas. Kerajaan menganggarkan seramai 1.5 juta belia berumur antara 21 dan 30 tahu yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan berpeluang menikmati kemudahan itu. - Bernama





RazakSAT 2 - Satelit Mikro Kedua Malaysia

$
0
0
RazakSAT-2 merupakan  satelit penderiaan jauh bagi memantau permukaan bumi yang dijadual dilancar pada 2015. RazakSAT membawa kamera resolusi tinggi yang merakam imej dari angkasa untuk pelbagai aplikasi seperti pertanian tepat, memeta lanskap, pencegahan bencana, rancangan rangkaian jalan dan bandar, yang memberi manfaat kepada Malaysia dan negara lain di sekitar garisan Khatulistiwa. RazakSAT-2  satelit 'remote sensing' yang boleh memberikan imej beresolusi tinggi kepada pengguna imej satelit di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

RazakSAT-2 dibangunkan oleh Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) yang merupakan syarikat perintis dalam pembangunan satelit di Malaysia. ATSB juga adalah syarikat yang membangunkan program satelit mikro pertama negara, RazakSAT yang telah dilancarkan empat tahun lalu. 

RazakSAT-2 adalah kesinambungan Program Satelit RazakSAT yang dilancar pada 14 Julai 2009 dan skop teknologi pembangunan RazakSAt-2 adalah untuk menaik taraf keupayaan sistem terutama dari segi perisian dan peralatan satelit. 

RazakSAT yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein.

Rujukan





Voyager 1 - Statelit Pertama Di Luar Sistem Suria

$
0
0

Statelit Voyager 1 telah menjadi objek pertama buatan manusia untuk meneroka keluar ke angkasa antara bintang (di luar sistem suria). Tanda-tanda ia menghampiri ruang antara bintang mula-mula dilihat pada tahun lepas (2012). Malah, ukuran baru menunjukkan bahawa Voyager telah berada di ruang antara bintang sejak Ogos 2012.

Voyager 1 telah mula dilancarkan pada tahun 1977, mencipta sejarah di sepanjang jalan dengan menjadi salah satu kapal angkasa yang pertama untuk mencapai Musytari, Zuhal dan seterusnya. Kini, ia telah menjadi objek pertama buatan manusia untuk meninggalkan Sistem Suria.

Voyager 1, yang dijana oleh sebuah reaktor tenaga nuklear masih mempunyai beberapa tahun lagi untuk terus berfungsi. NASA berharap Voyager 1 akan terus menyampaikan maklumat saintifik sekurang-kurangnya sehingga 2020.

Voyager 1 akan meneruskan perjalanan dalam senyap dan membawa rekod penting yang mengandungi gambar serta audio dan video ke Bumi.





Sains Tidak Pernah Mengiyakan Yang Manusia Evolusi Daripada Beruk

$
0
0

Sains tidak pernah mengiyakan yang manusia adalah revolusi daripada beruk. Ia hanya teori bukan fakta, yang kata sains itu menipu sebenarnya anda yang tak tahu apa-apa tentang sains. Bezakan antara teori dan fakta.


Charles Robert Darwinadalah seorang naturalis British yang memulakan teori evolusi berdasarkan pemerhatian berliau terhadap alam semula jadi. Beliau merupakan seorang pelajar perubatan dan seorang sejarawan/arkeologi

Teori Evolusi Darwin bermula dari pelayaran beliau di atas kapal. Darwin bermula membuat teori mengenai keajaiban alam semula jadi di sekelilingnya. Darwin menegaskan bahawa spesies yang pupus mempunyai hubungan dengan spesies kini di kawasan yang sama termasuk manusia juga daripada beruk.

Sains kini masih belum dapat membuktikan teori Darwin itu adalah benar. Walaupun teori evolusi sains menyakatakan bahawa semua kehidupan di bumi bermula dari satu sel kehidupan laut.




Angkasawan Negara Kedua 2016

$
0
0
 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia dijangka menghantar kumpulan kedua angkasawan negara bagi melakukan pelbagai penyelidikan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menjelang tahun 2016.

Yayasan Angkasawan Malaysia sedang giat bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk institut pengajian tinggi tempatan dan luar negara bagi menentukan misi dan tujuan utama penghantaran angkasawan kedua negara itu. Pada masa ini masih dalam fasa perancangan dan pelbagai perkara sedang dikaji termasuk menghantar dua angkasawan ke ISS dalam program itu, selain melihat kepada penyelidikan yang memberi keuntungan kepada negara untuk dijalankan di ISS. 





Info / Fakta Tentang Bayi Di Dalam Rahim Ibu

$
0
0

1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. (Sangat setuju...)

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel





Info / Fakta Tentang Bayi Baru Lahir

$
0
0

1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.





Bahaya Perisa Tambahan MSG

$
0
0

Monosodium Glutamate (MSG) atau dalam bahasa melayu mononatrium glutamat adalah sejenis bahan perisa tambahan yang ada didalam makanan segera seperti Kicap, sos tiram, mi segera nuget, sosej dan sebangainya.

MSG Penyebab Obessiti
Beberapa kajian sains mengaitkan MSG dengan pembentukan obesiti namun dengan keputusan berbeza-beza. Maksudnya terdapat kajian yang menunjukkan MSG menyebabkan obesiti dan sebahagian kajian lain pula tidak. Kajian di China dalam laporan American Journal of Clinical Nutrition (June 2011) mendapati pengambilan makanan mengandungi MSG menyebabkan obesiti. Kajian selama 5.5 tahun itu melibatkan 10 ribu orang dewasa. Golongan penyelidik mendapati subjek lelaki dan wanita yang mengambil MSG paling tinggi (5 gram sehari) mengalami berat badan berlebihan 30 peratus lebih mudah berbanding dengan subjek yang mengambil MSG pada paras paling rendah (kurang daripada 0.5 gram sehari).

pengambilan MSG secara berterusan dikatakan menyebabkan pembentukan kekebalan leptin (leptin resistance). Leptin ialah sejenis hormon dibina sel lemak dan satu daripada fungsinya adalah ia mengawal selera makan. Kekebalan leptin berlaku apabila leptin sentiasa berada paras tinggi. Pada keadaan ini leptin sudah tidak dapat berhubung dengan otak dan individu terbabit akan sentiasa lapar sepanjang masa.

MSG Merosakkan Sel
MSG mengaktifkan sel-sel secara berlebihan hingga menyebabkan ia mengalami kerosakan atau mati. Ini boleh menyebabkan pelbagai tahap kerosakan otak.


Halia Mengatasi Kerosakan Saraf
Kajian oleh saintis Arab Saudi seperti dilaporkan dalam jurnal Pakistan Journal of Biological Science (Februari 2009) mendapati halia bersifat memelihara saraf daripada kesan ketoksikan MSG. Halia kaya dengan pelbagai bioflavonoids, karotenoid dan mineral yang mampu  menghalang daripada mengalami kerosakan sel saraf. 







Berhenti Merokok - Aprikot Buah Anti Nikotin

$
0
0

 Aprikot merupakan sejenis buahan kekuningan seperti pic. Ianya dipercayai berasal dari China yang mana telah ditanam sejak 4000 tahun dahulu. Tahukah anda bahawa buah Aprikot ini kaya dengan karotena iaitu dipercayai sejenis bahan anti-oksidan dalam Vitamin-A.



Kenapa ianya sangat sesuai kepada mereka yang ingin berhenti merokok? Tahukah anda bahawa buah ini berperanan menghilangkan kesan nikotin dan sekaligus dapat mempercepat proses pemulihan. Selain itu  dapat menghindarkan penyakit barah dan merawat diabetis dan banyak lagi.

sumber




Info Tentang Kajian Otak Einstein

$
0
0

Selepas kematian Einstein seorang ahli patologi dari Universiti Princeton,  Thomas Harvey telah mengambil otak tersebut untuk dilakukan autopsi. Beliau cuba untuk mengkaji bagaimana kecerdasan Einstein dapat dikaitkan dengan rupabentuk dan penyelidikan yang dilakukan ke atas otak tersebut.

Banyak penyelidikan telah dijalankan bagi mengkaji keunikan otak Einstein yang berkait rapat dengan kepintarannya. Pada tahun 1985, seorang penyelidik iaitu Marian Diamond mengungkap bahawa otak Einstein memiliki lebih banyak sel glial sehingga organ tersebut mampu bekerja dengan lebih efektif. Walaubagaimanapun, kajian tersebut agak diragui kebenarannya.

Baca petikan penuh



Saintis Cipta Bateri Berkuasa 2000 Kali Ganda

$
0
0

Anda menyaksikan cip pemprosesan hadir dengan versi baru setiap tahun yang lebih laju dan berkuasa tinggi malah berkos efektif memberi kesan kepada pelbagai peranti di dunia seperti komputer, telefon sehinggakan sistem pelayan sekalipun.
Namun evolusi bateri kurang popular berbanding evolusi cip pemprosesan sehinggakan kepentingan bateri seakan-akan dilupakan meskipun ia perkakasan penting bagi kebanyakan peranti mudah alih yang wujud di dunia sekarang.
Mengimbau sejarahnya, bateri menjadi ‘senjata’ penting yang turut diiktiraf antara teknologi tercanggih pada abad ke-19 apabila ia menjadi sumber utama kuasa elektrik bagi menggerakkan mesin seperti generator.

Sememangnya kemajuan produk elektrikal juga memperlihatkan teknologi bateri bergerak seiring evolusi yang ketika itu mempunyai teknologi seperti telegraf serta telefon memerlukan kuasa mengoperasikannya.
Namun, adakah anda tahu teknologi bateri sudah ditemui sejak berkurun lamanya apabila sejenis bateri dinamakan Bateri Baghdad atau turut dikenali sebagai Bateri Parsi ditemui dalam salah satu artifak yang dijumpai pada zaman Mesopotamia.

Ketika itu, dinasti Iran melalui Parsi dan Sassanid menguasai Timur Tengah sebelum kedatangan AD.

Istilah AD yang digunakan dalam kalendar Gregorian adalah perkataan Latin iaitu ‘anno Domini’ yang bermaksud ‘Dalam Tahun Tuhan Kami’. Ada kalanya label CE (Common Era atau Christian Era) digunakan pada akhiran sesuatu tahun seperti 1960 AD atau CE.

Selepas beberapa kerja penggalian, arkeologi Jerman, Wilhelm Konig menemui satu balang di Kampung Khujut Rabu di Baghdad, Iraq pada 1938 yang mempunyai rekaan bulat panjang dengan batang logam lurus mengelilingi tembaga.

Sesetengah saintis berpendapat penemuan terbabit adalah sel galvanik yang berusia 2,000 tahun memberikan kuasa elektrik rendah untuk memberi kuasa kepada bahan tertentu.

Prosedur pembangunan bateri dikatakan meletakkan plat tembaga dengan diselaputi tembaga sulfat serta serbuk zink dan ditutup merkuri yang menghasilkan tindak balas kimia bagi positif serta negatif menghidupkan cas elektrik.

Pada 1749, Benjamin Franklin yang juga bapa penemuan Amerika Syarikat menggunakan istilah bateri untuk memberi perincian kepada kapasitor digunakan beliau dalam salah satu eksperimen elektriknya.

Bateri mengandungi beberapa komponen penting termasuk penyimpan kuasa, katod, pembahagi, anod, elektrod, elektrolit dan penyimpan.

Biasanya, penyimpan kuasa adalah bahagian luar yang diselaputi besi melindungi bahan menghasilkan katod iaitu sebahagian daripada tindak balas kimia hasil campuran mangan dioksida dan karbon.

Katod terhasil apabila elektrod yang melalui tindak balas kimia elektrokimia dikurangkan pada kadar tertentu.

Bahan tertentu yang memisahkan beberapa elektrod menjadi pemisah utama sebelum anod dimuatkan di bahagian tengah bateri yang mengandungi besi zink terhasil selepas elektrod dioksidakan.

Elektrod yang juga hasil tindak balas elektrokimia itu adalah proses yang sering berlaku dalam bateri bagi mengalirkan kuasa.

Kemudian, wujudnya teknologi elektrolit mengandungi potasium hidroksida dalam air yang juga menjadi perantara bagi ion bergerak dalam sel membawakan ionik sebagai kuasa.

Sebatang pin kecil pula menjadi laluan utama dalam penyimpan yang menyalurkan kuasa bateri terus ke peranti elektrik.

Tindak balas kimia terjadi apabila anda memasukkan bateri dalam peranti mudah alih untuk memulakan operasi sirkit.

Elektrolit mengoksidakan zink berkuasakan anod manakala mangan dioksida mencampurkan tindak balas dengan zink yang dioksidakan tadi bagi menghasilkan kuasa elektrik.

Penyimpan akan mengesan sirkit luaran sebelum menyalurkan kuasa elektrik ke peranti elektronik seperti telefon dan lampu suluh anda.

Terdapat dua jenis teknologi bateri iaitu sekali guna dan boleh cas.

Kebiasaannya, bateri sekali guna hanya boleh dipakai sekali saja dan perlu ditukar selepas ia kering termasuk alkalin, zink karbon, litium dan zink perak dan zink udara.

Bateri boleh dicas termasuk nikel hidrid (NiMH), nikel kadmium (NiCD), ion litium (Li Ion) dan Sealed Lead Acid (SLA).

Jika anda perasan, Li Ion adalah bateri yang sering digunakan dalam telefon pintar dan perkomputeran membekalkan kuasa mencukupi bagi tempoh tertentu.

Apabila bertambahnya peranti mudah alih seperti laptop, telefon pintar, pemain MP3 dan pelbagai peranti lain, ia secara tidak langsung memerlukan pertambahan bateri berkuasa tinggi.

Kalau dilihat pada permintaan telefon pintar misalnya, pengguna dan vendor sendiri mahu memasarkan produk yang memerlukan kuasa bateri lebih tinggi.

Daripada hanya 500mAh, pengguna kini pasti memerlukan tenaga yang sekurang-kurangnya memerlukan kuasa 2,500mAh.

Tetapi, anda kini mempunyai kuasa bateri telefon pintar bersaiz melebihi 5.3 inci dengan kapasiti melebihi 3,200mAh.

Ini bermakna, pembekal bateri perlu menyediakan reka bentuk yang bersesuaian untuk menyimpan ribuan tenaga dalam bateri.

Secara logiknya, lagi besar bateri terbabit, lebih besar kuasa yang ditawarkan, jadi permintaan telefon bersaiz besar sebenarnya menguntungkan syarikat pengeluar bateri apabila mereka mampu menawarkan lebih kuasa.

Cuma, masalahnya kini bergantung kepada saiz bateri yang perlu dinipiskan.

Baru-baru ini, penyelidik di Universiti Illinois mendakwa mereka berjaya membangunkan teknologi bateri jenis Li Ion yang mampu memberikan 2,000 kali kuasa berbanding mana-mana bateri Li Ion konvensional sekarang.

Evolusi melalui pembangunan super kapasitor dalam bateri dikatakan mampu menyediakan sejumlah tenaga yang banyak.

Penyelidik di universiti terbabit mendakwa kuasa bateri baru boleh menyalurkan kuasa 30 kali lebih pantas dan mampu dicas 1,000 kali lebih baik berbanding Li Ion biasa hanya selepas mengubah kaedah kuasa disalurkan dalam super kapasitor itu.

Teknologi baru memungkinkan penyelidik memasukkan stuktur katod dan anod baru yang menghasilkan bahan lebih baik berbanding kaedah lama.

Untuk merealisasikan hasrat ini, penyelidik membangunkan teknologi polistrin dalam abstrak gelas, nikel yang sudah dielektrodeposit kemudian menukar anod dan mangan dioksida dimampatkan bersama katod.


Evolusi bateri

1748 - Benjamin Franklin mempopularkan perkataan bateri untuk memperincikan plat gelas yang dicas.

1780 hingga 1786 - Luigi Galvani menunjukkan aliran elektrik dalam bateri.

1800 - Alessandro Volta mencipta Voltaic Pille yang juga kaedah pertama mengalirkan elektrik menggunakan zink dan tembaga.

1836 - Selepas Volta tidak berjaya menghasilkan kuasa yang lama menggunakan Voltaic Pille, John F Daniel mencipta sel Daniel yang memberikan sejumlah 1.1 voltan kuasa untuk mengoperasikan mesin seperti telegraf.

1839 - William Robert Grove mencipta sel minyak pertama yang membolehkan kuasa bateri menggunakan hidrogen dan oksigen.

1839 hingga 1842 - Beberapa pencipta cuba memperbaharui bateri yang menggunakan cecair elektrod untuk menghasilkan elektrik. Hanya ciptaan Bunsen (1842) dan Grove (1839) saja yang menampakkan kemajuan.

1859 - Pencipta Perancis, Gaston Plante membangunkan bateri yang boleh dicas semula. Bateri terbabit kini digunakan dalam kenderaan!

1866 - Sel Zink Karbon Leclanche dipatenkan oleh jurutera Perancis, Georges Leclanche yang digunakan dalam kenderaan.

1881 - JA Thiebaut mempatenkan bateri pertama yang memuatkan zink dan elektrod dalam satu port.

1899 - Waldmar Jungner mencipta bateri boleh cas nikel kadmium pertama.

1901 - Thomas Alva Edison (Pasti anda kenal!) mencipta bateri alkalin pertama.

1949 - Lew Urry memperbaharui bateri alkalin dengan campuran mangan dan bekerjasama dengan syarikat Eveready Battery Co.

1954 - Tiga individu, Gerald Pearson, Calvin Fuller dan Daryl Chapin berjaya mencipta sel solar untuk bateri.

1964 - Syarikat bateri popular, Duracell ditubuhkan.





Nanoteknologi Satu Ancaman?

$
0
0

PARA petani tentu bersyukur apabila hasil pertanian meningkat dengan keluasan tanah yang sama. Berapa banyak pula masa dapat dijimatkan dengan menggunakan pakaian boleh bersih sendiri. 

Kaum wanita tidak lagi perlu ke pusat-pusat kecantikan untuk cantik, tetapi memadai dengan buat sendiri di rumah. Malah, banyak lagi impian akan menjadi kenyataan dengan nanoteknologi.

Nanoteknologi telah diusulkan oleh Richard Feymann pada tahun 1956 dan telah mula menarik perhatian dalam tahun 1990an selepas penghasilan bahan baru bersaiz nanometer seperti fulleren, karbon bertiub-nano. 

Perkembangan pesat dalam penyelidikan dan potensi permintaan yang tinggi apabila beberapa produk berjaya dikomersialkan menjadikan ia teknologi alternatif dalam pelbagai bidang kepenggunaan.

Nanoteknologi dijangka menggantikan teknologi terkini dalam produk tertentu menjelang tahun 2015. 

Dalam beberapa laporan menjelang tahun 2020 pasaran produk berasaskan nanoteknologi mencecah berbilion dolar Amerika. 

Journal of Nanoparticle Research 2011 menyasarkan pasaran akan menjangkau RM6 trilion pada tahun 2020.

Kelihatannya nanoteknologi bakal menjadi ancaman kepada teknologi lain. Walaupun ia seolah-olah kelihatan negatif, sebenarnya ia akan menggantikan teknologi masa kini. Negatif yang dimaksudkan itu adalah daripada segi pesaing yang akan diberikannya kepada mereka yang berada dalam industri sekarang. 

Teori teknologi ancaman telah diperkenalkan oleh seorang profesor Harvard Business School, Professor Clayton M. Christensen, dalam bukunya The Innovator's Dilemma, 1997 yang menyatakan teknologi baru akan menggantikan teknologi masa kini tanpa diduga. 

Misalnya teknologi semikondukor berasaskan silikon telah menggantikan teknologi tiub elektron pada tahun 50an. Kedua-dua teknologi ini sangat diperlukan dalam bidang elektrik dan elektronik. 

Nanoteknologi mempunyai kekuatan berasas ilmu sains tulen seperti fizik dan kimia. Kesan kuanta terkurung merupakan salah satu asas kekuatan penggunaan dalam produk nanoteknologi terutamanya produk-produk optoelektronik. 

Teori kuanta terkurung dalam nanoteknologi amatlah penting dengan saiz zarah yang mengurang akan menyebabkan jalur terlarang menjadi lebih besar. 

Contohnya, silikon secara teorinya tidak boleh mengeluarkan cahaya pada julat cahaya nampak. Tetapi ia akan berupaya mengeluarkan cahaya boleh nampak apabila diubahsuai kepada bahan berstruktur nano. 

Silikon sangat penting bagi peranti diod pemancar cahaya yang akan digubahkan dalam pelbagai bidang optoelektonik. 

Luas permukaan yang sangat besar berbanding isipadu juga adalah faktor yang menyokong kecekapan nanoteknologi.

Keluasan permukaan berbanding isipadu akan meningkatkan tahap serapan dan sangat berguna bagi peranti penderia dan lapisan bagi permukaan boleh bersih sendiri pada dinding kaca.
Disebabkan zarah dan struktur bersaiz-nano, ia akan membentuk kepadatan dan ketulenan yang tinggi. 

Ini akan menghasilkan kekuatan fizikal yang tinggi dan sangat penting bagi tujuan salutan anti-calar, struktur yang kuat dan ringan. 

Nanoteknologi dijangka menguasai produkdalam beberapa bidang seperti cat permukaan sel solar atau sel solar cecair bagi meningkatkan serapan cahaya, alat elektronik biologi dan peralatan perubatan berasaskan pengimejan. 

Teknologi neuro iaitu bagi pemulihan semula sel-sel otak juga mempunyai potensi yang tinggi. Pembersih-sendiri dan penyegar-sendiri pakaian juga merupakan bidang yang sangat mendapat tempat berasaskan nanoteknologi.

Produk salutan bersih-sendiri sangat menarik perhatian terutamanya dalam industri pembinaan infra-struktur dan perkhidmatan. Ini berdasarkan mekanisme kesan tindakan katalis cahaya. 

Bahan yang sangat popular digunakan pada masa ini adalah titanium dioksida. Salutan berstruktur nano diperlukan bagi mendapatkan kesan bersih sendiri yang lebih baik. 

Penyelidik-penyelidik sedang giat meningkatkan kecekapan, di samping menggunakan stuktur nano julat serapan yang lebih lebar diperlukan agar kuasa serapan cahaya lebih tinggi. 

Oleh itu hibrid titanium oksida dengan polimer dan metal sangat di perlukan. Selain dari itu juga teknologi salutan berstruktur-nano juga sangat berguna untuk anti bakteria, antifungus, anti-kekotoran dan antikarat.

Penggunaan nanoteknologi dalam kosmetik sangat menarik perhatian para usahawan termasuk syarikat-syarikat besar. 

Paten-paten nanoteknologi banyak dimiliki oleh syarikat-syarikat kosmetik terkenal. 

Dalam bidang kosmetik optik, beberapa kumpulan penyelidik sedang menjalankan kajian menghasilkan kanta yang tahan calar, sangat telus dengan serakan cahaya yang sangat minimum. 

Dalam bidang makanan dan pertanian nanoteknologi tidak kurang pentingnya bagi meningkatkan kualiti makanan dan hasil pertanian. 

Dalam teknologi makanan ia tertumpu kepada peningkatan rasa, warna dan kandungan nutrien yang tinggi serta proses pengawetan agar makanan sentiasa segar. 

Teknologi sensor juga kini semakin cenderung kepada nanoteknologi kerana peralatan tersebut sangat sensitif dan perlu dalam bentuk kecil serta mudah alih. 

Dijangka dalam tahun 2040 kebanyakan makanan akan berasaskan nanoteknologi yang mempunyai nutrien yang sepadan juga rasa yang sama dengan makanan asalnya. 

Penghasilan makanan secara tanaman biasa tidak lagi dapat dilakukan memandangkan kekurangan tanah pertanian, cuaca yang tidak sesuai dan faktor alam yang lain.

Penyelidikan dalam bahan nano merupakan salah satu bidang yang sangat penting dalam penghasilan produk nanoteknologi. Bahan-bahan nano mempunyai keistimewaannya masing-masing bergantung kepada sifatnya masing-masing.

Dari segi sudut bahan-nano ia boleh diklasifikasikan secara dimensi. Bahan dengan tiga dimensi (3D) merupakan bahan pukal, dua dimensi (2D) sebagai filem-nano atau kepingan-nano, satu dimensi (1D) sebagai wayar-nano atau tiub-nano sebagai manakala sifar dimensi (0D) sebagai zarah-nano. 

Bagi penghasilan karbon bertiub-nano, kita perlu memanaskan sumber karbon sehingga meruap dan kemudian pembentukan rod bersaiz-nano akan berlaku dengan kehadiran katalis di samping suhu sekitaran yang diperlukan. Kaedah ini merupakan pembentukan peruapan secara kimia. 

Karbon bertiub-nano merupakan salah satu bahan-nano yang sangat berpotensi dan mempunyai kepelbagaian kegunaan. Karbon bertiub-nano telah dijumpai pada tahun 1991 oleh seorang ahli fizik bernama Sumio Iijima. 

Karbon bertiub nano sangat berpotensi sama ada dalam bidang elektronik dan mekanikal. 

Kekuatannya melebihi kekuatan besi secara fizikalnya oleh itu sangat berguna bagi pembuatan komposit. Di samping ia juga lebih ringan jika dibandingkan dengan besi atau keluli. 

Nanoteknologi menjanjikan pelbagai produk dengan kapasiti yang tinggi seperti kekuatan mekanik yang tinggi, kecekapan dan kelajuan yang tinggi dalam peranti elektronik dan optik. Namun banyak isu-isu masih perlu diperjelaskan kepada pengguna terutamanya soal keselamatan, alam sekitar dan kesihatan. 

Oleh itu kefahaman dalam nanoteknologi mesti dilakukan sebelum ia diterima sepenuhnya oleh pengguna.

l Penulis ialah Profesor DR. SAIFOLLAH ABDULLAH, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara.







Bumi hancur 16 Mac 2880?

$
0
0

CALIFORNIA - Sainstis Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), menjangkakan sebuah asteroid besar dikenali sebagai 1950DA akan melanggar bumi pada 16 Mac 2880, sekali gus menyebabkan dunia hancur.

Menurut laporan Daily Mail, Asteroid itu mula ditemui pada 23 Februari 1950, dan diperhatikan selama 17 hari sebelum hilang dari pandangan selama setengah abad.

Pada 31 Disember 2000, 1950DA muncul kembali dan melalui pemerhatian optik, ia berputar sekali pada setiap 2.1 jam dan menjadikannya asteroid kedua berpusing paling laju dalam saiznya.

Difahamkan, asteroid itu terletak hampir 5 kilometer dari garis pusat dan bergerak kira-kira 15 kilometer sesaat untuk ke bumi serta mampu menghentam Lautan Atlantik pada kelajuan 61 kilometer sejam.

Asteroid1950DA dianggarkan berlanggar dengan planet bumi pada kuasa 44,800 megatan.

Bagaimanapun kebarangkalian kesan hanya 0.3 peratus, iaitu 50 peratus lebih hebat berbanding impak dari asteroid lain.





sumber

Saintis UPM Cipta Vaksin Untuk Biri-biri

$
0
0
 
2 saintis UPM guna bakteria kurangkan kematian ternakan

Serdang: Dua saintis Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan vaksin bakteria pertama di Malaysia untuk mengawal jangkitan radang paru-paru pada kambing dan biri-biri.

Vaksin yang dikenali sebagai Rekombinan Intranasal Vaksin Semburan untuk Kambing dan Biri-biri (STVac7) itu dihasilkan melalui penggunaan bakteria Mannhemia Haemolytica A7 yang dapat membantu mengurangkan lebih 90 peratus kadar kematian ternakan itu.

Penyelidikan yang diketuai oleh Prof Dr Mohd Zamri Saad dan penyelidik bersama, Dr Md Sabri Mohd Yusof, masing-masing melihat keupayaan vaksin ini untuk mengawal penyakit terbabit yang kebiasaannya menyerang ketika musim hujan.


Zambri berkata, cuaca lembap ketika musim hujan memudahkan penyakit itu tersebar dan sebelum ini kaedah yang digunakan untuk memberi vaksin adalah melalui suntikan berbeza dengan produk yang diperkenalkan.


Kaedah lebih mudah

“Kami menemui kaedah baru untuk memberi vaksin dengan menyemburkan STVac7 ke hidung kambing dan biri-biri setiap enam bulan, pada bulan Mac dan September,” katanya ketika ditemui pada majlis prapelancaran STVac7, di sini, semalam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah; Pengerusi Lembaga Pengarah UPM, Prof Emeritus Tan Sri Datuk Dr Syed Jalaludin Syed Sali; Timbalan Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan dan Pengarah Bio-Angle Vacs Sdn Bhd, Seleman Arip. 



Galaksi Paling Jauh Ditemui

$
0
0
New York: Pakar kaji bintang diketuai Dr Steven Willner daripada Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian menemui apa yang mereka percaya galaksi paling jauh pernah diketahui.

Galaksi itu, dilabel sebagai Z8-GND-5296, dilihat 700 juta tahun selepas Letusan Besar.
“Jaraknya yang jauh membolehkan kami mendapat gambaran sepintas lau mengenai keadaan Bumi ketika ia berusia 700 juta tahun, iaitu lima peratus daripada usia sebenar Bumi sekarang 13.8 bilion tahun,” kata penulis kedua kertas kajian yang diterbitkan jurnal Nature, Dr Casey Papovich dari Universiti A&M Texas.


Jarak 30 bilion tahun cahaya

Beliau berkata, oleh kerana alam semesta berkembang sepanjang masa, penyelidik menganggarkan jarak galaksi berkenaan secara kasar 30 bilion tahun cahaya.

Pakar astronomi berupaya secara tepat mengukur jarak galaksi berdasarkan satu kriteria daripada unsur hidrogen digelar peralihan ‘alfa Lyman’, yang mengeluarkan cahaya terang pada galaksi jauh.

Ia dikesan dalam hampir semua galaksi yang dilihat dari tempoh lebih satu bilion tahun selepas berlakunya Letusan Besar.
“Apa yang menjadikan galaksi ini unik, berbanding penemuan lain seperti itu ialah pengesahan spektroskopi jarak,” kata penulis bersama Profesor Bahram Mobasher dari Universiti California.

Penemuan Z8-GND-5296 dilakukan menggunakan peralatan baru, dikenali Multi-Object Spectrometer for Infra-Red Exploration (MOSFIRE), di pusat pemerhatan cakerawala W.M. Keck di Hawaii.

MOSFIRE yang amat sensitif juga direka untuk mengesan cahaya lembayung merah dan boleh menyasarkan pelbagai objek pada satu masa. - AGENSI




Fungsi / Kegunaan Satelit

$
0
0
Mungkin ada di antara kita yang faham mengenai satelit tetapi tidak semua yang sedar akan fungsi sebenar satelit di dalam kehidupan seharian kita.

Satelit lebih banyak dikaitkan dengan bidang penyiaran dan telekomunikasi tetapi fungsi atau aplikasi sebenar satelit telah wujud di angkasa lepas sejak berdekad lalu.

Teknologi satelit terbahagi kepada tiga iaitu pandu arah dan penentu kedudukan, penderiaan jauh dan juga komunikasi.

Pandu arah dan penentu kedudukan adalah salah satu aplikasi satelit yang telah berjaya menghasilkan peningkatan dalam produktiviti dan kejituan sebilangan besar industri.

Sistem Penentukedudukan Global (GNSS) merupakan rangkaian satelit yang memancarkan isyarat radio frekuensi yang mengandungi maklumat berkenaan masa dan data jarak yang boleh diambil oleh penerima, dan membolehkan pengguna untuk menentukan lokasi mereka dengan tepat di mana sahaja di seluruh dunia.

NAVSTAR Global Positioning System (GPS) milik Amerika Syarikat adalah antara satelit navigasi yang wujud dan kini alat penerima GPS telah dimuatkan ke dalam kereta, telefon bimbit, kapal, pesawat, peralatan pembinaan, peralatan pembuatan filem, mesin pertanian, bahkan komputer untuk tujuan navigasi, penentu kedudukan, penjejakan dan pemetaan.

Aplikasi dari sistem GNSS dalam bidang pandu arah dan penentu kedudukan ini adalah sangat luas .

Aplikasinya merangkumi operasi mencari dan menyelamat bagi kapal laut atau pesawat yang terkandas sama ada di dalam hutan belantara, di gunung-ganang, di tengah lautan atau di mana sahaja di muka bumi ini.

Melalui sistem GNSS ini, amaran kecemasan dan data lokasi akan dihasilkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan dan menentukan kedudukan isyarat mercu suar kecemasan pada pesawat tersebut.

Kedudukan peristiwa kecemasan dan maklumat lain yang berkaitan akan disampaikan kepada Pusat Perhubungan Mencari dan Menyelamat yang berkenaan pada kawasan kecemasan yang terlibat.

Selain mencari dan menyelamat, bidang pandu arah dan penentu kedudukan juga membolehkan pengesanan pelbagai kenderaan (udara, laut dan darat) yang mana melibatkan penggunaan GPS dengan komunikasi satelit dua hala bagi mengesan kenderaan dan menjejakinya di mana jua ia berada.

Ini sangat penting bagi mana-mana organisasi pengangkutan awam yang melibatkan penjadualan dan perancangan laluan, dan pada masa yang sama memastikan pengangkutan awam berjalan mengikut jadual.

Pandu arah satelit juga boleh digunakan dalam kegiatan riadah seperti pengembaraan berjalan kaki bagi orientasi dalam persekitaran yang tidak dikenali.

Selain itu, kegunaan tersebut juga termasuk mencari kawasan yang subur untuk memancing, pandu arah sewaktu menaiki bot ketika keadaan tahap penglihatan rendah dan perkhidmatan berasaskan lokasi dengan menggunakan telefon bimbit untuk mencari restoran, pawagam, stesen petrol atau tempat lain yang menarik.

Selain pandu arah dan penentu kedudukan, teknologi satelit juga meliputi penderiaan jauh atau lebih dikenali dengan remote sensing.

Remote sensing adalah sains bagi mendapatkan maklumat permukaan bumi tanpa menyentuh objek (bumi) tersebut).

Perladangan tepat (precision farming) ialah suatu teknologi baru yang mana peladang boleh membuat penyesuaian bagi kepelbagaian dalam ladang bagi ciri-ciri seperti kesuburan tanah dan populasi rumput rumpai.

Perladangan tepat menggunakan sistem (GPS, terdiri daripada 24 satelit yang memancarkan isyarat yang disambut oleh alat terima pengguna untuk menetapkan lokasi penerima berserta sistem maklumat geografi (GIS) untuk mengumpul, menyimpan, melihat, dan menganalisis amaun data yang banyak.

Data tersebut kemudiannya ditukar kepada bentuk ilmu untuk digunakan dalam membuat keputusan pengurusan perladangan yang lebih wajar bagi pengeluaran hasil tanaman.

Dengan maklumat berkenaan dan penderia dalam satelit, peralatan perladangan mampu memantau hasil tanaman dan memandu aplikasi input hasil tanaman seperti baja dan racun rumpai.

Di samping mempertingkat hasil tanaman, perladangan tepat mempunyai potensi untuk mengurangkan kos melalui aplikasi input tanaman yang lebih cekap dan berkesan.

Kelebihan utama imej satelit yang diperoleh melalui penderiaan jauh ialah pandangan data berasas wilayah atau sinoptik.

Pandangan perspektif wilayah itu dipertingkatkan lagi dengan menggabungkan secara digital beberapa imej yang dikumpulkan oleh satelit yang sama, untuk meliputi kawasan wilayah yang lebih luas.

Satu lagi kelebihan ialah aspek multitemporal imej satelit tersebut, yang boleh digunakan untuk memantau perubahan pada permukaan Bumi atau mengemas kini suatu set data sedia ada.

Dengan adanya kelebihan-kelebihan tersebut, imej satelit telah digunakan dengan meluas untuk tujuan pemetaan.

Pemetaan hutan, tanah, pertanian, atau mana-mana pemetaan lain kesemuanya memerlukan data yang lengkap dan berterusan yang diperoleh daripada satelit.

Pertanian

Pertanian ialah satu lagi bidang yang menggunakan imej satelit untuk mengoptimumkan penghasilan dan meminimumkan kos.

Data imej satelit juga boleh digunakan oleh perancang, pembuat dasar dan petani dalam membuat keputusan yang berkesan bagi menjamin bekalan air yang stabil untuk makanan dan persekitaran.

Melaluinya, dapat ditentukan: tempat terdapatnya air dalam lembangan sungai pada masa-masa tertentu dalam setahun; tempat yang air sampai atau tidak sampai kepada tanaman dalam suatu sistem pengairan; dan tindak balas antara air dengan tanaman, dalam vegetasi semula jadi dan kawasan pertanian.

Bantuan Kemanusiaan

Bantuan kemanusiaan terdiri daripada tindakan yang diambil bagi meringankan penderitaan akibat bencana alam seperti banjir, kebakaran hutan, ribut taufan, gempa bumi, tsunami dan kemarau, dan bencana buatan manusia seperti peperangan, dengan akibat perpindahan populasi dan pergerakan pelarian.

Oleh kerana organisasi kemanusiaan dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi bantuan dalam bencana alam dan buatan manusia yang pelbagai, sering di kawasan yang tidak dikenali dan keadaan yang rumit, serta turut melibatkan jumlah bantuan kemanusiaan yang ramai terutama daripada agensi kerajaan, organisasi bukan kerajaan, ketenteraan, serta organisasi antarabangsa yang lain; maka keperluan maklumat geografi yang tepat dan relevan adalah sangat penting.

Kajian atmosfera

Kimia atmosfera mempengaruhi kesihatan manusia, cuaca dan pengeluaran makanan. Ia juga mempengaruhi cara kita melihat dunia, melalui impaknya kepada kuasa penglihatan. Kimia yang ada dalam udara memberi kesan kepada kita dengan setiap nafas yang diambil. Zarah-zarah terapung yang terbentuk daripada tindak balas fasa gas mempengaruhi amaun tenaga suria yang sampai ke permukaan bumi.

nMeteorologi.

Terdapat dua jenis satelit cuaca, dikenali melalui ciri orbit mereka.

Yang pertama dikenali sebagai Polar Operational Environmental Satellites (POES) yang mengelilingi Bumi pada orbit kutub (dari kutub ke kutub) dalam masa lebih kurang 100 minit.

Sementara itu, Geostationary Operational Environmental Satellites (GOES) mengelilingi Bumi pada orbit geopegun, terletak lebih kurang 36,000 km tingginya dari Bumi, dan bergerak pada kelajuan yang sama dengan kelajuan Bumi berpusing.

Dengan meteorologi satelit, ahli meteorologi dan pendidik boleh memerhati fenomena jangka pendek di sekeliling dunia 24 jam sehari.

Selain berfungsi sebagai penentu kedudukan dan penderiaan jauh, antara fungsi utama lain satelit ialah sebagai alat komunikasi. Satelit komunikasi merupakan sebahagian besar daripada kehidupan harian manusia moden, sebagai salah satu dari medium pertukaran maklumat ke seluruh dunia.

Keunikan satelit sebagai satu medium komukasi ialah kerana sifatnya yang berada jauh tinggi dari permukaan bumi (contoh: 36,000km dari muka bumi untuk satelit penyiaran TV seperti Measat (Astro), lantas dapat memberi liputan yang luas dan dapat menjadi perantara di antara dua kawasan yang jauh di muka bumi.

Antara fungsi-fungsi utama satelit komunikasi adalah seperti berikut:

nPenyiaran
Kejayaan terbesar satelit dalam bidang komersial ialah dalam perkhidmatan satelit televisyen.

nTelefon
Satelit komunikasi juga memberi perkhidmatan telefon ke kawasan-kawasan terpencil yang tidak mempunyai capaian telefon awam atau telefon mudah alih selular seperti di tengah laut (untuk perkapalan, perikanan dan ketenteraan), dan di tengah hutan.

nPerkhidmatan Satelit Tetap (FSS)
Antara perkhidmatan yang menggunakan satelit komunikasi untuk tujuan komunikasi dalam kategori ini ialah penggunaan kredit kad di stesen-stesen minyak (lihat piring antenna besar di stesen minyak), liputan langsung siaran TV, dan juga perkapalan.

Sumber : © Utusan Melayu (M) Bhd 

 


Bakteria Salmonella Punca Utama Keracunan Makanan

$
0
0
31 peratus kes keracunan makanan disebabkan bakteria bawaan makanan berpunca daripada Salmonella. Ia diikuti Listeria sebanyak 28 peratus, Campylobacter lima peratus dan E-coli tiga peratus. Meskipun bilangan kes bakteria bawaan makanan dirujuk secara global, peratusan kes yang dicatatkan di negara ini tidak banyak beza.

Malah, bakteria Salmonella menduduki tangga pertama dalam peratusan kes pencemaran makanan dan punca kebanyakan kes keracunan.

Persoalannya, apakah sebenarnya bakteria Salmonella dan mengapa ia perlu ‘ditakuti’ pengguna?

Salmonella adalah bakteria bawaan makanan yang menjadi penyebab utama kes keracunan makanan di negara ini.

Kesan infeksi bakteria itu membabitkan muntah-muntah, loya, cirit-birit dan juga kematian jika lewat dirawat.

Tragedi hidangan ayam masak merah yang meragut nyawa beberapa individu, baru-baru ini, pasti menjadi isu merisaukan banyak pihak.

Walaupun bakteria Salmonella itu disahkan terkandung pada ayam, kontaminasi bakteria ini boleh terjadi pada buah-buahan, sayuran, daging dan telur selain produk tenusu.

Secara semula jadi bakteria Salmonella memang ada pada ayam, namun bilangannya dapat dikurangkan dengan peningkatan tahap kebersihan ladang ternakan.

Sedang negara dibayangi kebimbangan isu Salmonella, penyelidik MARDI tampil dengan produk Kit Pengesan Pantas Bakteria Salmonella Bagi Produk Makanan.

Dikenali sebagai MicroTEZ, kit itu menjadi produk inovasi tempatan yang dibangunkan Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Noor Azlina Masdor.

Fasa pembangunan produk itu mengambil masa lima tahun untuk dibangunkan.

Dana penyelidikan bagi penghasilan kit itu pada awalnya diperoleh daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi geran IRPA sebelum diteruskan kepada fasa prapengkomersialan menerusi dana Technofund di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) berjumlah RM1.5 juta.

Kit ini sudah melepasi beberapa fasa prapengkomersialan dan bersedia untuk memasuki fasa pengkomersialan dengan kerjasama Syarikat One-Point Healthlab.

Noor Azlina berkata, pembiayaan projek itu adalah kesinambungan Projek IRPA kepada TechnoFund.

Tujuan utama pembiayaan projek di bawah TechnoFund bagi membangunkan produk ini daripada ‘skala makmal’ kepada ‘skala komersial’.

“Mungkin selepas ini, kami akan memindahkan teknologi penghasilan kit berkenaan kepada OPHL dan syarikat itu yang akan bertanggungjawab untuk menyambung proses penghasilan produk yang dibangunkan sebelum ini,” katanya.

Menyentuh mengenai idea menghasilkan produk inovasi itu, katanya kebanyakan makmal industri sebelum ini menggunakan kaedah mengesan bakteria Salmonella secara konvensional.

“Namun kaedah konvensional memerlukan masa yang agak panjang iaitu kira-kira lima hingga tujuh hari untuk mengesan bakteria ini,” katanya.

Meskipun terdapat pelbagai kit pengesan pantas komersial seumpamanya bagi mengesan pencemaran Salmonella, kit-kit ini perlu diimport dari luar negara dan terpaksa dijual dengan harga yang tinggi.

Kesannya, proses pengawalan keselamatan dan penyaringan produk makanan tidak mendapat perhatian serta diabaikan oleh pengusaha makanan.

Dengan pembangunan kit MicroTEZ hasil buatan Malaysia, ia bukan saja dapat menjimatkan kos import kit dari luar negara, malah harga kit dijual lebih murah.

Kesannya, pengusaha makanan dapat menggunakan kit ini bagi menyokong proses pengawalan keselamatan dan kualiti makanan mereka.

Mengulas lanjut mengenai Salmonella, katanya bakteria itu membiak dengan cepat terutama pada makanan yang dihidangkan separa masak.

“Masakan yang dimasak melebihi suhu 60 darjah Celsius ke atas dapat mematikan bakteria ini, tetapi ia masih boleh membiak jika masakan yang dimasak kurang sempurna atau terdedah kepada pencemaran.

“Papan pemotong sayur juga menjadi sarang pembiakan bakteria ini terutamanya jenis kayu. Bakteria ini akan bersarang pada permukaan yang sudah pecah dan mudah merebak pada makanan lain.

“Jadi kaedah paling utama mengawal bakteria ini adalah dengan mengamalkan aspek kebersihan,” katanya.

Berbanding kaedah konvensional katanya, kit MicroTEZ memberikan keputusan lebih singkat iaitu kurang daripada 15 minit selepas proses penyediaan sampel.

Sementara itu, Pengarah Urusan OPHL, Rahmah Ab Rahman berkata, kit dipasarkan syarikatnya sebagai langkah pencegahan.

“Sebelum sesuatu produk makanan sampai kepada pengguna, pihak pengeluar perlu periksa dulu peringkat mana produk nak dikeluarkan.

“Jika kilang itu memproses nuget ayam bersalut, mereka perlu ada ‘in house QC’ kerana tiada toleransi dalam soal bakteria itu,” katanya.

Menurutnya, kit berkenaan sudah pun selesai peringkat prakomersialan manakala syarikat akan mengeluar dan memasarkan produk untuk pasaran tempatan dan luar negara.

“Kit ini menarik perhatian ramai negara luar seperti Indonesia, Vietnam, Iran dan Russia kerana harganya berpatutan.

Kit ini mirip seperti alat ujian kehamilan yang terdapat di pasaran.

“Sampel yang disediakan hanya perlu dititiskan pada ruangan disediakan dan keputusan akan diperoleh kurang dari 15 minit.

“Dua garisan akan terbentuk iaitu garisan kawalan ‘C’ dan garisan ujian ‘T’. Jika sesuatu sampel itu mengandungi Salmonella, kedua-dua garisan ‘C’ dan ‘T’ akan terbentuk.

“Manakala bagi sampel yang negatif, hanya garisan ‘C’ saja yang terbentuk,” katanya.




Resdung Dan Jangkitan Otak

$
0
0
Resdung atau Sinusitis merupakan keradangan pada selaput sinus. Apabila berlakunya Sinusitis, mukus seperti hingus tidak dapat mengalir keluar dengan baik dari sinus.

Sinusitis yang kronik (kadangkala disebut sebagai Sinusitis berterusan) ialah merujuk keradangan sinus yang berlaku beterusan sehingga berbulan-bulan atau kadang kadang bertahun-tahun. Jika anda sering diserang Sinusitis atau jangkitan tersebut berlarutan hingga lebih dari 3 bulan, ia mungkin merupakan Sinusitis kronik. Gejala Sinusitis kronik mungkin tidak seteruk Sinuisitis akut tetapi Sinusitis kronik boleh mencetuskan komplikasi yang serius seperti JANGKITAN PADA OTAK dan KEBUTAAN.

 
resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah. “Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,” kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan. Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil. Sinus terletak pada bahagian muka – pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.

Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid. Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara. “Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung. “Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,” katanya.Baca seteterusnya

Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat. Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.

Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung. Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan’ tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya. Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.

Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari. “Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit. “Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,” kata Dr. Amir Izwan. Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.

Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda. Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
“Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung. “Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.

“Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,” katanya. Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.

Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian. Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.

Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung. Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan. “Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,” kata Dr. Amir Izwan.

Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.


GEJALA RESDUNG :

* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

PUNCA RESDUNG :

* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, manik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

KOMPLIKASI RESDUNG :

* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

DIAGNOSIS

* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

RAWATAN :

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

TIP MENGURUSKAN RESDUNG :
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan -
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.





11 Bilion Planet Saiz Bumi Dikesan

$
0
0

Ahli astronomi anggar satu daripada setiap lima bintang mampu simpan air

New York: Saintis berkata, kira-kira 11 bilion planet yang sama saiz dengan Bumi dan mengelilingi matahari, wujud di galaksi Bima Sakti dan ada di antaranya mungkin boleh didiami.

Dengan menggunakan satu kaedah pintar untuk mengesan exoplanet bersaiz Bumi yang mungkin mereka terlepas pandang, ahli astronomi menganggarkan bahawa satu daripada setiap lima bintang pada pusat sistem suria memiliki sebuah planet yang mampu menyimpan air di permukaannya dan mempunyai bahan kimia yang menyokong kehidupan.

Kehidupan pintar
Penemuan itu disiarkan dalam Prosiding Akademi Sains Kebangsaan, mewakili satu lonjakan besar ke arah kemungkinan kehidupan termasuk kehidupan pintar di alam semesta,” kata ahli astronomi UC Berkeley, Geoffrey Marcy yang terbabit dalam kajian terbaru itu.

Keputusan menunjukkan bahawa Bima Sakti menempatkan 11 bilion planet seperti Bumi. Jika planet yang mengorbit bintang kerdil merah dimasukkan jumlahnya meningkat kepada 40 bilion, kata Marcy.


Bancian planet terbaru
Paling hampir mungkin sejauh 12 tahun cahaya.

Bancian planet terbaru itu berdasarkan data dikumpulkan teleskop angkasa lepas Kepler, pemburu planet utama NASA. Analisis itu juga mengenal pasti mengenal pasti 603 exoplanet termasuk 10 planet bersaiz Bumi yang mengelilingi zon dan boleh didiami.

“Sejak dilancarkan pada 2009, Kepler membantu mendedahkan pelbagai dunia asing di Bima Sakti,” kata William Borucki yang mengetuai misi Kepler di Pusat Penyelidikan Ames, NASA di Mountain View, California.

“Kebanyakannya unik dan aneh termasuk mini Neptune dan super Jupiter yang tidak seperti planet lain dalam sistem suria kita.”

Beberapa planet yang jauh mengandungi air keseluruhannya manakala yang lain mempunyai ketumpatan yang lebih besar dari besi atau lebih rendah berbanding Styrofoam.

Daripada beribu-ribu planet yang dikaji Kepler, ahli astronomi UC Berkeley, Erik Petigura mempunyai satu soalan: Berapa banyak planet yang serupa seperti Bumi? - AGENSI 



Metanol Sebagai Bahan Api (Petrol)

$
0
0

SKUDAI – Pusat Penyelidikan Teknologi Membran (AMTEC) dari Fakulti Kejuruteraan Petroleum dan Tenaga Boleh Diperbaharui, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan teknologi ‘Speek-Nanoclay Membrane’ sebagai bahan api mesra alam.

Ketua Penyelidik, Juhana Jaafar berkata, teknologi yang dihasilkan itu menggunakan cecair metanol bagi menggantikan fosil sebagai bahan api untuk menjana kuasa tenaga yang jauh lebih murah dan mudah didapati.

“Cecair metanol yang digunakan adalah pada tahap kepekatan serendah satu molar dan bersifat boleh diperbaharui bagi mengelakkan masalah kekurangan sumber.

“Teknologi ini sesuai digunakan pada pelbagai jenis kenderaan kerana tidak membebaskan sebarang gas toksid sebaliknya hanya melepaskan wap air,” katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Katanya, mereka turun menjalankan penyelidikan menghasilkan membrane berasaskan tanah liat bagi memastikan penguraian sepenuhnya bahan api metanol kepada tenaga.

“Hanya 40 peratus daripada bahan api komersil yang digunakan hari ini dapat dijana menjadi tenaga manakala selebihnya dilepaskan menjadi gas toksik yang menyebabkan pencemaran udara.

“Dengan adanya teknologi ini berjaya memisahkan 100 peratus bahan api metanol kepada tenaga yang dapat mengelakkan pembaziran dan kerugian bahan api,” katanya.

Juhana berkata, penyelidikan sejak tahun 2003 itu turut memenangi beberapa anugerah di peringkat antarabangsa selain turut berjaya menarik minat syarikat pengeluar kenderaan terkemuka.

“Ketika ini kami masih dalam proses untuk menambah baik teknologi ini dan menjangkakan untuk menghasilkan prototaip dalam tempoh dua tahun lagi.

“Kami juga yakin teknologi ini akan berjaya dikomersialkan secara meluas dalam tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah AMTEC, Dr Hafiz Dzarfan Othman berkata, kumpulan penyelidikan itu turut merancang menghasilkan sel telefon bimbit berasaskan teknologi sama bagi memanjangkan tempoh hayat penggunaan telefon.

“Melalui teknologi ini pengguna tidak perlu lagi menggunakan tenaga elektrik untuk mengecas sel bateri telefon bimbit masing-masing.

“Mereka hanya perlu menukar cip berasaskan metanol yang jauh lebih murah dan tahan lama,” katanya.





Viewing all 188 articles
Browse latest View live