Quantcast
Channel: Persada sites
Viewing all 188 articles
Browse latest View live

2032 - Asteroid Diramal Melanggar Bumi

$
0
0
Kesan letupan 125,000 kali lebih dahsyat daripada bom atom Nagasaki


MIAMI: Pakar astronomi berkata, sebuah asteroid dengan ukuran 410 meter panjang, dikenali 2013 Tv135, akan melintasi atau mungkin menghentam Bumi pada 26 Ogos 2032.
Asteroid itu dikesan bergerak melalui buruj zirafah oleh saintis di Pusat Pemantau Astrofizik Crimea di selatan Ukraine minggu lalu.

“Saya sedang memantau buruj zirafah. Pemerhatian kali pertama menunjukkan ia bergerak dengan cepat dan agak hampir dengan Bumi,” kata pakar kaji bintang Gennady Borisov yang menambah 2013 Tv135 berada pada kedudukan 6.8 juta kilometer dari Bumi, Rabu lalu.

Pakar kaji bintang di Itali, Sepanyol, Britain dan Russia juga sudah mengesahkan kehadiran asteroid terbabit dan ia dimasukkan ke dalam senarai asteroid berbahaya Pusat Planet Kecil Kesatuan Astronomi Antarabangsa.

Jika ia menghentam Bumi, asteroid terbabit akan menyebabkan letupan yang sama kuat dengan 2,500 megatonm 50 kali lebih besar daripada bom nuklear paling kuat pernah digunakan atau 125,000 kali lebih besar daripada bom atom yang pernah digugur di Nagasaki pada Perang Dunia Kedua.

Sementara itu, Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) berkata kemungkinan untuk 2013 Tv135 terhempas ke Bumi adalah amat kecil, Pengurus Projek Objek Menghampiri Bumi (NEOP) yang ditadbir NASA, Don Yeomans berkata 2013 TV135 pakar astronomi Cremia di Ukraine 8 Oktober lalu dan hanya mempunyai masa kira-kira seminggu untuk membuat kajian.

“Mereka menganggarkan kemungkinan ia ‘menghentam Bumi’ adalah satu nisbah 63,000, bermakna kemungkinan untuk 2013 Tv135 tidak jatuh di Bumi ialah 99.998 peratus. Namun kemungkinan 0.02 peratus itu masih membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata saiz asteroid itu adalah amat besar dan untuk mengukur objek di langit gelap memang sukar. Namun NEOP menganggarkan lebar 2013 Tv135 adalah antara 200 hingga 800 meter.

“Untuk sebuah asteroid, saiz ini adalah amat besar,” katanya.

Ia juga mencorong Timbalan Perdana Menteri Russia Dmitry Rogozin untuk mengumumkan di laman Twitter bahawa asteroid terbabit akan ‘memberi cabaran besar kepada industri angkasa lepas kebangsaan.

NEOP yang juga dikenali sebagai ‘pengawal angkasa lepas’ bertanggungjawab mengesan asteroid dan komet yang melintas hampir dengan Bumi untuk mengenal pasti sama ada ia boleh menyebabkan ancaman. Asteroid 2013 Tv135 adalah objek ke 10,332 yang dikesan menghampiri Bumi setakat ini. - REUTERS/AGENSI




Basikal Terbang Jadi Keyataan

$
0
0


Kebiasaan orang ramai mungkin mengimpikan kereta terbang. Lebih-lebih lagi kalau tinggal di bandar dengan kesesakan yang menjengkelkan.


Tetapi, dalam kesibukan angan-angan mahukan kereta terbang, beberapa penyelidik di negara Eropah Tengah, Republik Czech berjaya mencipta basikal boleh terbang yang mempunyai berat kira-kira 95 kilogram dengan jarak penerbangan beberapa meter dari permukaan bumi.

Ia mampu terbang untuk tempoh masa kira-kira lima minit. Rekaan basikal ini juga penuh dengan dua kipas di bahagian depan manakala dua kipas lain ditempatkan di bahagian belakang. Kemudian, terdapat satu kipas masing-masing di tepi kiri serta kanan basikal.

Menariknya, basikal ini menggunakan teknologi bateri untuk menghidupkannya. Setakat ini, ia pernah diuji sekali dalam salah satu pameran di Prague di mana set prototaip berjaya berlepas dan mendarat semula dengan selamat selepas beberapa dengan ujian dijalankan beberapa individu.

Projek tersebut dikatakan dicipta untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di beberapa bandar besar di Eropah cuma ia masih perlu menyelesaikan beberapa masalah terutama berkenaan kuasa apabila tempoh masanya untuk terbang tidak terlalu lama.

Penyelidik dikatakan masih menghadapi masalah berkenaan berat bateri yang dibawa kerana basikal tersebut tidak mampu membawa bateri yang terlalu membebankan dengan kapasiti tenaga lebih tinggi. Selepas beberapa minit terbang, ia perlu dicas semula yang sekaligus menimbulkan masalah kepada si pemakai.

Basikal tersebut kini bergantung kepada masa depan tenaga baharu. Syarikat yang menghasilkan idea tersebut, Duratec Bicycles memaklumkan masalah tersebut mungkin hanya selesai selepas beberapa tahun mengikut trend perubahan kuasa bateri yang bertambah setiap 10 tahun.

Selain Duratec Bicycles, terdapat dua lagi syarikat dari negara sama, Technodat and Evektor yang menghasilkan idea basikal terbang. Untuk rekod, menerbangkan basikal bukan kali pertama dilakukan manusia.


Berpuluh tahun lepas menyaksikan beberapa percubaan menerbangkannya dengan teknologi mekanikal tertentu malah penggunaan paracut untuk basikal juga menjadi kenyataan melalui 'Flyke'. Cuma Flyke lebih dikenali untuk menggerakkan paracut berbanding basikal itu sendiri.

Flyke mempunyai kelajuan 32kmj dengan kapasiti berat boleh tampung 25.4 kilogram tidak termasuk pengayuh. Secara pratikalnya, ia tidak sesuai untuk menjadi basikal yang boleh diterbangkan di bandar.





Minuman Bergas/ Berkarbonat Ganggu Fungsi Otak

$
0
0

Amalan minuman kafein, bergas dan berkorbonat boleh menjejaskan kesihatan jika diambil dalam jangka masa panjang.

Malah, pengambilan minuman itu juga menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan sehingga dewasa. 

Kajian dijalankan sekumpulan ahli saintis Switzerland, baru-baru ini, menunjukkan kafein yang terkandung dalam minuman segera atau bergas serta minuman tenaga turut menyumbang kepada kelembapan minda.


Hasil kajian mendapati remaja yang mengambil tiga tin minuman tenaga atau sebotol besar minuman kola setiap hari boleh mengurangkan jumlah tidur nyenyak mereka.

Remaja yang berterusan minum kafein secara berterusan dalam jangka masa panjang boleh terjejas kecerdasan minda.

Otak gagal berfungsi

Ini kerana kafein yang terkandung dalam minuman bergas boleh memberhentikan otak kanak-kanak daripada berfungsi dengan betul dan mengganggu perkembangan otak ketika remaja.
Eksperimen ke atas seekor tikus mendapati proses matang otak tikus mengalami rencatan seketika apabila diberi minum kafein bergas . Sementara tikus yang diberi minum air kosong lebih tidur nyenyak.

Situasi itu, memberi kesan kritikal kepada otak apabila ada gangguan berlaku dalam pembangunan otak yang turut membawa kepada masalah skizofrenia, kebimbangan, penggunaan dadah dan gangguan personaliti.

Tidur tidak nyenyak

Hanya dengan minum 300 hingga 400 miligram (mg) kafein yang terkandung dalam minuman bertenaga atau empat cawan kopi, ia bertindak memberi kesan kepada funsgi otak.

Profesor Reto Huber dari Hospital Kanak-kanak Universiti Zurich, berkata rangsangan otak paling optimum berlaku ketika tidur yang nyenyak, namun jika mengambil minuman kafein, ia boleh menjejaskan kualiti tidur yang lena, sekali gus membantutkan perkembangan dan sambungan antara sel otak.

Lebih membimbangkan, ketika usia remaja, otak akan melalui fasa matang halusinasi dalam peringkat akil baligh mereka. Jika terganggu, akan berisiko penyakit mental. 





sumber

Penurap Teknologi Hijau

$
0
0

Industri pemprosesan minyak kelapa sawit mengeluarkan berjuta tan sisa buangan setahun termasuk serat kelapa sawit dan klinker (tandan kelapa sawit serta hampas buah yang dibakar).
Pengeluaran sisa buangan turut menjejas alam sekitar.
Sektor padi negara turut mengeluarkan bahan buangan dikenali sekam dan hanya dimanfaatkan industri tembikar.

Dalam menyelesaikan masalah sisa buangan itu, pelajar Kolej Vokasional Slim River, Perak, menghasilkan produk inovasi daripada sekam padi, serat kelapa sawit dan klinker dikenali batu penurap berteknologi hijau ‘G-TPB’. 

Produk inovasi bahan terbuang pertama di dunia itu hasil gabungan idea tiga pelajar dari Pasukan Reka Cipta Kolej Vokasional Slim River membabitkan Abdul Muiz Zulkifli, 16, Muhammad Fadlillah Othman, 16, dan Siti Noorafiqa Abdul Latif, 16.  

Hasil inovasi mereka memenangi Anugerah emas Saintis Muda anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), anugerah emas anjuran Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan Anugerah World Intellectual Property Organization sempena Hari Intelek Negara, Perbadanan Hak Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Terbaru produk itu merangkul pingat emas dan anugerah khas nilai komersial terbaik sempena Ekspo Inovasi Malaysia (MIExpo), UPM Abdul Muiz berkata, industri kelapa sawit banyak mengeluarkan bahan terbuang.

“Produk kelapa sawit orang buang dan tandannya tidak buat apa-apa. Jadi kita ambil dan menghasilkan produk baru berasaskan serat kelapa sawit dan tandan.
“Kita juga menggunakan sekam padi kerana ia silika selulosa bagi mengelak terbakar.

“Serat kelapa sawit memberi tekanan dan memampatkan bahan-bahan utama bahan berkenaan,” katanya.

Katanya, idea menghasilkan produk berkenaan bagi mengurangkan sisa buangan yang dikeluarkan kilang pemprosesan kelapa sawit berdekatan sekolah mereka.

“Ada mencadangkan kami mengolah sisa buangan kelapa sawit dan sekam padi kepada produk bermanfaat.

“Dari situ, kami berbincang bersama guru untuk menyelesaikan masalah berkenaan,” katanya.

Pada masa sama, pelajar Teknologi Pembinaan Bangunan kolej itu turut berdepan cabaran menggunakan batu pijak untuk melakukan kerja kursus.

“Batu berkenaan sangat berat bagi pelajar untuk menjalankan kerja kursus, selain sukar untuk mencantumkan struktur yang berat,” katanya.

Berdasarkan situasi itu mereka menggunakan serat kelapa sawit, sekam padi dan klinker untuk menyelesaikan masalah dihadapi.

Berbanding penghasilan batu bata secara konvensional, kaedah pemanasan bahan berkenaan hanya menggunakan cahaya matahari.

“Relau digunakan untuk membakar batu bata dan mengeringkannya. Jadi kami tidak mahu bakar kerana enggan menggunakan bahan kayu api,” katanya.

Dari aspek ketahanan, bahan yang dihasilkan lebih mampat berbanding bata konvensional diguna ketika ini.

“Ujian mampatan sudah dilaksanakan di Politeknik Malaysia. Didapati produk kami mempunyai ketumpatan lebih tinggi dengan kekuatan mampatan 12 hingga 14 newton.

“Berbanding bata simen, kemampatan antara tujuh hingga 10 newton. Bata simen tidak mampat kerana pasir digabungkan dengan simen.

“Sedangkan bata yang kami hasilkan bercantum dan kurang berisiko untuk patah,” katanya.

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak juga menjadi lokasi menguji kepuasan pelanggan terhadap produk bata dihasilkan.

“Bata juga menggunakan konsep ‘interlock’ dan ia tidak menggunakan simen untuk mencantumkannya. Dibandingkan batu-bata biasa, simen diperlukan untuk mencantumkannya,” katanya.





Cipta Robot Boleh Terbang Seakan Obor Obor

$
0
0

Utusan |PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) 26 Nov. - Sebuah robot baharu yang boleh terbang dan meniru pergerakan seperti obor-obor diperkenalkan kepada umum dalam satu mesyuarat di sini pada Ahad lalu.

Menurut laman web berita teknologi, Science Codex, pencipta robot tersebut, Leif Ristroph dan Stephen Childress memperkenalkan ciptaan unik mereka pada mesyuarat anjuran Bahagian Bendalir Kimia Persatuan Fizikal Amerika Syarikat.

Ristroph dan Childress, kedua-duanya pelajar Courant Institute di Universiti New York memperkenalkan robot tersebut menerusi ciptaan mereka yang berjudul ‘Robot terbang dan pergerakan seperti obor-obor’.

“Cabaran utama mencipta robot ini termasuklah bagaimana untuk meniru dan menghasilkan pergerakan sayap yang stabil.

“Kami menggunakan lalat sebagai contoh untuk menghasilkan sayap yang stabil dan boleh terbang," kata Ristroph.

Robot kecil itu mempunyai berat hampir dua gram dan panjang 10 sentimeter.Robot  terbang yang masih belum diberi nama itu berfungsi dengan cara mengepak-ngepakkan sayapnya bagi menghasilkan momentum sebelum terbang. Pergerakan itu dilihat sama seperti pergerakan obor-obor di dalam air. Sayap robot itu disambungkan dengan motor kecil yang bertindak sebagai enjin penggerak.






Khasiat Sebiji Telur

$
0
0


Ramai mendakwa makan telur dalam jumlah yang banyak boleh menjejaskan kesihatan kerana tahap kolesterol yang tinggi. Namun adakah benar fakta tersebut?

Sebenarnya, mengamalkan memakan telur ayam adalah baik kerana banyak khasiatnya. Ia adalah makanan asli yang ideal dan diterima sebagai diet harian manusia di seluruh dunia.

Sejak turun-temurun lagi, telur ayam menjadi makanan menyihatkan dan ubat bagi pelbagai penyakit.

Cara penyediaannya juga mudah. Ia boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada separuh masak, tiga suku masak, rebus, goreng, sambal, kari dan sebagainya.

Telur ayam kampung boleh dijadikan penawar atau ubat tradisional bagi merawat pelbagai penyakit. Permintaannya sangat tinggi kerana ia mengandungi vitamin dan galian yang mencukupi hasil daripada pemakanan haiwan tersebut yang asli dan organik, iaitu bebas daripada bahan kimia.

Sebiji telur ayam mengandungi lebih kurang 10 peratus cangkerang, 30 peratus kuning telur dan 60 peratus albumen (mengikut berat).

Kandungan kimia telur ayam, telur itik dan telur puyuh tidak terlalu berbeza antara satu dengan lain, kecuali kandungan kolesterol telur itik adalah lebih tinggi sedikit iaitu lebih kurang 16.20 miligram bagi setiap gram kuning telur.

Bahagian putih telur mengandungi protein albumin yang juga merupakan vitamin larut lemak.

Apa yang agak unik adalah ia mengandungi sejenis lagi protein yang dipanggil avidin iaitu sejenis bahan antibiotik semula jadi yang amat berguna untuk melawan jangkitan mikro organisma yang dapat merosakkan telur tersebut.

Antibiotik ini wujud bersama-sama dengan biotin dan akan musnah apabila dimasak. Kadar lemak dan kalori dalam telur adalah rendah tetapi ia kaya dengan sumber protein dan vitamin A.

Bahagian kuning telur merupakan makanan yang mengandungi zat yang berbagai dan seimbang.

Selain kolesterol, ia mengandungi banyak zat-zat makanan yang penting, antaranya adalah 67 miligram sulfur atau lapan peratus daripada keperluan seharian.





sumber

Terengganu WiFi Percuma Seluruh Negeri 2014

$
0
0

Kerajaan negeri Terengganu akan menyediakan kemudahan Wifi secara percuma di seluruh negeri ini terutama di kawasan tumpuan awam bermula tahun depan dengan anggaran kos sebanyak RM30 juta.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata kemudahan itu kini satu keperluan memandangkan rakyat pelbagai lapisan menggunakannya untuk melancarkan pelbagai urusan harian mereka.

"Sebagai permulaan, tumpuan diberi kepada kawasan tumpuan awam dan kita sasarkan liputan WiFi percuma itu akan dapat diakses di seluruh negeri menjelang akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2014 di sini Isnin.

Bagi menjana pelbagai inisiatif pembangunan teknologi komunikasi maklumat, sebanyak RM4 juta diperuntukkan pada tahun depan termasuk pembangunan infrastruktur telekomunikasi iaitu pembinaan tiga buah menara dengan kos RM2.5 juta.

"Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta untuk memperkasakan lagi penggunaan Pusat Komuniti Bestari yang kini menerima kunjungan kira-kira 100,000 rakyat setiap tahun," katanya.





Bernama

Proton Perdana 2013 - Kenderaan Rasmi Kerajaan

$
0
0


Proton Perdana berwajah baharu ini dijadikan sebagai kenderaan rasmi kerajaan Malaysia. Proton Perdana baru ini menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Buat masa ini, Proton Perdana baharu itu hanya untuk kenderaan rasmi kerajaan, termasuk agensi kerajaan dan ia tidak akan dijual kepada orang awam. Walau apa pun Proton Perdana baru ini akan dijual kepada orang awam dengan reka bentuk dalaman dan luaran yang baharu dalam tempoh 18 hingga 24 bulan akan datang.




Peranan Guru/Cikgu Pupuk Minat Sains

$
0
0
KETUA Pengarah Agensi Nuklear, Datuk Dr. Muhamad Lebai Juri berharap supaya guru dapat meningkatkan keyakinan diri untuk mengajar subjek sains manakala pelajar dapat membuka minda dan menyemai minat untuk memilih bidang sains di peringkat yang lebih tinggi terutama sebagai kerjaya.

€œHarapan kami supaya kesedaran yang lahir daripada pengalaman perkhemahan dan sumber maklumat mengenai teknologi nuklear dapat mengurangkan persepsi kurang tepat berkaitan teknologi ini, ujarnya.

Beliau menyatakan demikian semasa merasmikan majlis penutupan program 3V Siri II di ibu pejabat agensi tersebut di Bangi baru-baru ini.

Beliau berkata, nama program tersebut juga diharap bertepatan dengan semangat Julius Caesar yang mana peserta telah datang, telah melihat dan mudah dan menguasai sedikit sebanyak ilmu berkaitan teknologi nuklear.

Menurut beliau program tersebut akan diteruskan dan akan diiringi dengan program penggalakkan sains yang lain sekiranya mendapat dana.

Sementara itu Timbalannya Dr. Muhd. Noor Muhd. Yunus semasa menutup program siri III juga mengakui teknologi tersebut dianggap sensitif dan sering di salah tafsir ekoran daripada kejadian di Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua.

Sedangkan katanya, banyak kegunaan daripada teknologi sinaran yang dimanfaatkan manusia pada hari ini.

“Sebagai contoh memproses bahan nadir bumi untuk yang menghasilkan sinaran radioaktif yang kita gunakan untuk tujuan tertentu, ujarnya.






Perubahan Kutub Bumi - Kutub Menyongsang Pada 2015 ?

$
0
0

Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?


Keadaan cuaca tidak menentu dan bencana alam semakin kerap berlaku sejak akhir-akhir ini dipercayai mempunyai kaitan dengan perubahan kecondongan paksi bumi.

Selain itu, pemanasan global juga dikatakan turut mengubah lokasi geografi kutub bumi menurut kajian Geophysical Research Letters.

Laporan penyelidik Universiti Texas, Austin mendedahkan, pencairan bongkah ais semakin meningkat di Greenland menyebabkan kedudukan Kutub Utara berubah beberapa sentimeter pada setiap tahun sejak 2005.

Difahamkan, bermula 1982 hingga 2005, kutub tersebut berubah secara perlahan dari tenggara ke bahagian utara Labrador, Kanada pada jarak kira-kira 2 milliarcsecond atau 6 sentimeter setahun.

Sejak 2005, kutub mula bertukar haluan dan bergerak ke arah timur Greenland pada jarak lebih 7 miliarsecond setahun.

Kumpulan saintis telah sekian lama mengetahui bahawa lokasi kutub bumi tidak tetap dan ia juga menjadi penyebab musim menjadi tidak menentu seperti yang berlaku pada ketika ini.

Selain itu, pencairan ais juga menjadi punca utama paras air meningkat kepada lebih 90 peratus akibat daripada anjakan kutub pada 2005.

Medan magnet bumi berganjak

Pada 2011, medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 kilometer setahun, dan saintis menyifatkan ia sebagai fenomena normal yang berlaku sekali pada setiap 100,000 tahun.

Keadaan itu menyebabkan arah kompas berubah dan berkemungkinan tidak lagi menghala ke arah Kutub Utara berikutan kutub kini telah berganjak dari utara Kanada menghampiri ke Rusia.

Susulan daripada perubahan itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Tampa di pantai barat Florida terpaksa melakukan pengubahsuaian terhadap tanda arah di tiga landasan berdasarkan anjakan medan Kutub Utara.

Saintis menganggarkan pada setiap lima hingga 10 tahun, arah kompas akan berubah akibat anjakan kutub bumi.

Bagaimanapun, pendedahan pada pertengahan tahun lalu yang turut dimuat naik ke dalam Youtube menunjukkan Kutub Utara berganjak 260 kilometer dalam tempoh enam bulan.

Perubahan itu menyebabkan medan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempoh kurang daripada 24 bulan.

Apabila peralihan tersebut berlaku,  kutub akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemisfera utara.

Menurut Conall Mac Niocaill, seorang saintis di Universiti Oxford, medan magnet bumi semakin lemah dan ia telah berganjak lebih 1,500 km sejak berabad lalu.

“Kekuatan medan magnet Kutub Utara berkurangan 10 peratus sejak 150 tahun lalu.

"Setiap 250,000 tahun sekali, medan magnet ini akan berubah arah ke selatan dan fenomena tersebut dipercayai kali terakhir berlaku kira-kira 800,000 tahun lalu iaitu sebelum kewujudan manusia,” katanya lagi.

Sehingga kini, saintis gagal menemui jawapan bagaimana fenomena penyongsangan medan magnet itu terjadi.

Waktu lebih singkat

Ahli geofizik Nasa, Richard Gross mendedahkan, kadar putaran bumi menjadi lebih cepat kira-kira 1.8  mikrosaat akibat gempa berkekuatan 9.0 skala Richter yang melanda Jepun pada 2011.

“Gempa kelima terkuat di dunia sejak 1900 itu juga menyebabkan waktu sehari yang sepatutnya bersamaan 24 jam menjadi lebih singkat tanpa disedari masyarakat,” katanya.

Difahamkan, gegaran dahsyat tersebut mengakibatkan kepulauan Honshu berganjak sehingga 2.4 meter dengan pembentukan rekahan di bawah dasar laut sepanjang ratusan kilometer selain paksi bumi berubah pada jarak hampir 10 sm.

Ahli Geofizik Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Kenneth Hudnut memaklumkan, peta dari Lembaga Maklumat Geospatial (GSI) menunjukkan terdapat corak peralihan melibatkan kawasan yang besar selepas gempa berlaku.





Kebaikan / Khasiat Air Kelapa

$
0
0
Air kelapa, satu hadiah daripada alam semulajadi kerana ia sangat menyegarkan dan berkhasiat untuk tubuh badan serta meremajakan badan dan kulit anda dari luar dan dalam. Di sini, kami ingin kongsikan 8 manfaat air kelapa seperti berikut:


Agen anti-penuaan
Air kelapa mengandungi bahan dan antioksidan tertentu yang mana membantu untuk melawan radikal beba, sekaligus, melambatkan proses penuaan serta membantu meningkatkan sistem imun badan anda lantas melindungi anda daripada pelbagai penyakit.

Tingkatkan metabolisme anda dan meningkatkan penghadaman
Minum air kelapa secara kerap boleh membantu meningkatkan metabolisme anda secara semula jadi, sekali gus membantu badan anda untuk membakar lemak banyak yang lebih cepat. Tambahan lagi, jika anda mempunyai masalah dengan pencernaan, air kelapa boleh mengatasinya kerana ia membantu penyerapan makanan dan mengurangkan berlakunya refluks asid.

Hidrat dan meremajakan badan anda
Air kelapa mengandungi 94% air dan sebenarnya, sangat rendah kalori. Bebas lemak dan rendah gula, air kelapa juga boleh hidrat sistem anda menyediakan anda dengan vitamin, kalium, enzim dan asid amino.

Membantu penurunan berat badan yang sihat
Minum air kelapa secara kerap bukan sahaja bagus untuk menambah kelembapan badan anda dan meningkatkan metabolisme anda, tetapi ia juga mempunyai kesan yang positif bagi mereka yang cuba untuk mengurangkan berat badan. Minuman sihat yang tidak mengandungi bahan kimia ini telah digunakan selama berabad-abad sebagai minuman berkhasiat dan sihat. Air kelapa hanya mengandungi rendah lemak, gula dan kalori, tetapi ianya kaya dengan nutrien dan vitamin, oleh itu, ia boleh membantu anda menyekat rasa lapar secara sihat.

Menyingkirkan toksin daripada badan
Air kelapa sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman anda. Ini kerana ia membantu untuk membersihkan badan anda daripada toksin dan mengurangkan keletihan.

Kaya dengan sumber vitamin dan nutrien
Air kelapa adalah sumber yang sangat baik dan semula jadi vitamin dan nutrien kerana ia mengandungi kalsium, zat besi , magnesium , fosforus , kalium , zink , Vitamin C dan Vitamin B.

Bermanfaat untuk otot dan sistem saraf
Air kelapa membantu untuk mengelakkan kekejangan di otot dan membantu untuk meningkatkan fungsi sistem saraf anda.

Bagus untuk kulit
Air kelapa juga bermanfaat untuk kecantikan kulit anda. Bukan sahaja untuk diminum, tetapi anda juga boleh menggunakannya pada kulit anda. Ia membantu untuk melembapkan kulit anda, membantu untuk mengurangkan jerawat dan jeragat. Sebenarnya, kebanyakan produk kosmetik dan krim muka juga mengandungi ekstrak kelapa kerana keberkesanannya.





Misteri Cahaya Gempa Bumi dan Bebola Misteri

$
0
0

Ia dikaitkan dengan UFO (Objek Terbang Tidak Dikenali) dan halusinasi serta dianggap sebagai petanda dunia akan kiamat.

Saintis kini mendakwa berjaya mendedahkan tanda tanya kewujudan bebola terbang misteri dikenali sebagai ‘cahaya gempa bumi.’ Cahaya itu muncul dalam pelbagai bentuk sebelum atau ketika gempa bumi, mungkin petanda amaran awal.


Sebagai contoh, beberapa ketika sebelum gempa bumi L’Aquila, Itali pada 2009, ada penduduk melihat kerlipan cahaya 10 sentimeter di atas batu berturap Francesco Crispi Avenue di pusat bandar bersejarah di situ.

Pada 2012, satu bebola biru yang jatuh dari langit mengejutkan penduduk Riacho dos Pocos, negeri Maranhao di Brazil tetapi ia tidak disusuli gempa bumi.

Pada 1988, bebola cahaya terang ungu merah jambu bergerak menerusi udara di sepanjang Sungai St Lawrence berhampiran bandar ini, 11 hari sebelum satu gempa bumi kuat berlaku.

Pada 1906, kira-kira 100 kilometer di barat laut San Francisco, sepasang suami isteri melihat aliran cahaya bergerak di sepanjang bumi dua malam sebelum gempa bumi kuat yang memusnahkan kebanyakan bandar itu. Cahaya gempa bumi jarang dilihat kemungkinan muncul pada atau berhampiran perselisihan kerak bumi yang bersempadan oleh gelinciran biasa berbanding gelinciran lain.

Pembawa caj elektrik bergerak diaktifkan tekanan, digelar lubang positif, terbang pantas di sepanjang kecerunan tekanan.

Ketika sampai di permukaan, ia mengionkan molekul udara dan menjana cahaya yang dilihat.



Awan Aneh di Luar Sistem Suria

$
0
0

Los Angeles: Ahli kaji bintang mengesan awan aneh di atmosfera dua planet di luar sistem suria, dengan dua kertas penyelidikan menunjukkan jenis mendung di dunia asing itu mungkin sebenarnya fenomena biasa berbanding yang disangka sebelum ini.

Namun ia bukanlah awan yang sama dengan yang ada di Bumi dan besar kemungkinan terhasil daripada bahan seperti zink sulfida atau potassium klorida. Awan di Bumi, sebaliknya mengandungi gabungan titisan air dan ais.


Dua pasukan penyelidik berasingan memeriksa data daripada Teleskop Angkasa Lepas Hubbel berkaitan dengan planet luar sistem suria GJ 1214b dan GJ 436b.

Terletak 42 tahun cahaya dari Bumi, GJ 1214b adalah contoh utama planet super-Bumi manakala GJ 436b pada jarak 36 tahun cahaya adalah Neptun panas.

Biasa wujud

Super-Bumi adalah planet dengan jisim antara Bumi dan Neptun manakala Neptun panas, seperti namanya, adalah versi panas planet Neptun. Ia mengekalkan orbit dekat dengan bintang tidak sampai satu unit astronomi secara kasar jarak purata dari Bumi ke matahari, atau sekitar 144 juta kilometer. “Kami tahu awan mesti ada untuk sebahagian planet, tetapi kini kami ada keputusan menunjukkan awan itu sebenarnya biasa wujud,” kata pakar astronomi di Institut Teknologi California di Pasadena, Heather Knutson, yang juga penulis utama kajian mengenai GJ436b kepada Space.com.

Kaji komposisi planet

Komposisi planet dikaji apabila ia melalui bintang. Apabila transit itu berlaku, molekul yang membentuk atmosfera eksoplanet itu menghalang bahagian berbeza spektra cahaya.

Dengan merakamkan seksyen mana yang membuat laluan dan yang mana tidak, pakar astronomi boleh menyimpulkan apa yang membentuk planet berkenaan.

Bagi GJ 1214b, pemerhatian itu diketahui kerana tidak mendedahkan petanda sebarang atmosfera langsung.

Ia bermakna awan tebal menghalang cahaya atau planet berkenaan dihasilkan daripada molekul berat seperti air, dengan graviti menekan bahan itu menjadi lapisan nipis dan mampat.



Cetak Model Otak Guna Teknologi 3D

$
0
0


KUALA LUMPUR - Pasukan penyelidik Universiti Malaya (UM) antara perintis yang berjaya menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) untuk mencetak model otak yang realistik bagi membantu pakar bedah saraf berlatih teknik pembedahan.

Model otak itu memberi peluang kepada pakar bedah menjalani latihan secara 'hands-on' kerana model tersebut adalah simulasi keadaan patologi pesakit sebenar.

Pensyarah UM dan juga pakar bedah saraf Dr M. Vicknes Waran berkata Pusat Bioperubatan dan Integrasi Teknologi UM (CBMTI) bersama-sama para penyelidik mengambil masa lima tahun untuk menyelidik dan membangun prototaip 3D otak.

"Model yang mempunyai ciri-ciri anatomi tepat dengan entiti patologi akan meningkatkan pengalaman latihan pakar bedah saraf sebagai model alternatif kepada mayat dan pesakit sebenar," katanya dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Dr Vicknes Waran berkata penggunaan mayat juga tidak dibenarkan di negara ini atas faktor sensitiviti agama, manakala pesakit sebenar pula sukar diperoleh kerana mereka lazimnya keberatan dijadikan bahan kajian, terutama membabitkan pembedahan besar.

Replika yang dihasilkan adalah berlapis-lapis dan bertekstur menyamai pelbagai struktur tisu, daripada kulit sehingga ke tulang serta otak dan tumor, yang disasarkan untuk kegunaan pakar bedah bagi latihan peringkat lanjutan.

Replika boleh diguna untuk melatih pakar bedah menjalankan pelbagai peringkat pembedahan daripada awal sehingga selesai prosedur menggunakan peralatan pembedahan sebenar.

Model otak 3D yang dipatenkan itu terdiri daripada dua bahagian iaitu satu bahagian meliputi seluruh kepala manakala satu lagi menunjukkan kedudukan tumor.

Bahagian kedua itu diperbuat daripada pelbagai material yang menyerupai kulit, tulang, dura mater, tumor dan tisu otak normal. Pada bahagian inilah pembedahan akan dijalankan.

Berbeza bahagian pertama yang boleh diguna banyak kali, bahagian kedua ini bersifat pakai buang.

Untuk bahagian pertama, kosnya sekitar US$3,000 (US$1 = RM3.2), manakala bahagian kedua pula kira-kira US$500 bagi setiap keping. Sehari sebanyak 16 keping boleh dihasilkan.

Setakat ini pasukan itu telah mengadakan tiga bengkel di ibu negara untuk mendedahkan produk berkenaan kepada sektor perubatan, dengan sebahagian kos dibiaya oleh UM dan juga Cradle Fund Sdn Bhd, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan, selain menerima sokongan geran penyelidikan berimpak tinggi UM.

Pasukan itu berhasrat mengadakan antara enam dan 10 bengkel lagi tahun ini di Malaysia dan mereka juga diundang mengadakan bengkel serupa di United Kingdom, Thailand dan India. Dr Vicknes Waran berkata usaha mendedahkan produk itu kepada dunia amat kecil berbanding negara lain termasuk Singapura yang membelanjakan jutaan dolar untuk membangunkan pencetakan menerusi 3D.



Teknologi Solar Hibrid (Hybrid)

$
0
0

Sistem solar hibrid beroperasi dengan kombinasi solar panel dan generator serta dikawal menggunakan Sistem Pemantauan Jarak Jauh.

Elektrik yang dijana melalui panel solar digunakan pada waktu siang dan lebihan disimpan dalam bateri untuk digunakan kala tiada sinaran matahari.

Jika berlaku kehabisan bekalan elektrik dalam bateri, generator akan berfungsi serta-merta supaya bekalan elektrik dapat dibekalkan setiap masa.

Solar hibrid menjana tenaga elektrik menggunakan nisbah 70 peratus daripada panel solar dan 30 peratus lagi dijana oleh generator serta dikendali secara automatik tanpa pengawasan pengendali.

Sistem solar hibrid merupakan kaedah yang terbaik dalam membekalkan tenaga elektrik ke kawasan pedalaman kerana penggunaan generator sahaja meningkatkan risiko kerap terputus bekalan elektrik selain kehabisan diesel.






Saintis Temui Kembar Bumi

$
0
0


Planet KOI-314x dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan Bumi. Jarak 200 tahun cahaya, saiz 60 peratus lebih besar

Sebuah dunia asing yang hampir sama dengan Bumi, disifatkan sebagai kembar planet kita ditemui di dalam sistem suria lain dengan jarak kira-kira 200 tahun cahaya.
Planet yang sama beratnya dengan Bumi ini dikenali sebagai KOI-314x tetapi dikatakan 60 peratus lebih besar selain mengandungi gas. Ia juga mengorbit bintang dengan lebih dekat dan panas sepanjang tahun selain mempunyai atmosfera yang lebih tebal dengan kandungan utama helium.

Apabila kami menyedari planet ini menunjukkan variasi transit masa, petanda itu jelas berlaku disebabkan planet lain dalam sistem dan bukan bulan” Dr David Kipping, Ketua pakar astronomi, Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian, Amerika Syarikat

KOI-314C juga mempunyai hanya 30 peratus lebih kepadatan berbanding air. Ini menunjukkan bahawa dunia berkenaan diselubungi hidrogen dan helium dengan ketebalan beratus-ratus kilometer.

Saintis percaya planet ini bermula sebagai sebuah Neptune mini sebelum beberapa gas atmosferanya meletup akibat radiasi bintang induknya.

Ketua pakar astronomi, Dr David Kipping dari Pusat Astrofizik Harvard-Smithsonian di Amerika Syarikat berkata: “Planet ini mungkin mempunyai jisim yang sama dengan Bumi tetapi yang pastinya tidak seperti Bumi.

“Ia membuktikan bahawa tidak ada garisan pemisah jelas antara dunia berbatu seperti Bumi dan planet lebih lembut seperti dunia air atau gergasi gas.”
Keputusan itu dibentangkan pada mesyuarat tahunan Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di Washington DC.

Bagi mengira berat KOI-314c, saintis menggunakan teknik baru dipanggil variasi transit masa (TTV), yang hanya berhasil apabila lebih satu planet mengelilingi sebutir bintang.

Kedua-dua planet berkenaan menunda antara satu sama lain, hampir mengubah masa yang diambil mereka untuk merentasi atau memindahkan permukaan bintang.

Menganalisis cara planet terbabit memberi kesan terhadap cahaya yang datangnya dari bintang menjadikan ia dapat mengira berat planet terbabit.

Gandingan dunia KOI-341c adalah sama dalam bentuk saiz tetapi beratnya adalah empat kali lebih berbanding Bumi.

Penemuan terbaru itu dibuat secara tidak sengaja oleh saintis yang meneliti data dari teleskop angkasa lepas Kepler melihat bukti bulan berbanding planet.

“Apabila kami menyedari planet ini menunjukkan variasi transit masa, petanda itu jelas kerana planet lain dalam sistem dan bukan sebuah bulan,” kata Dr. Kipping.

“Pada mulanya kita kecewa ia bukan sebuah bulan tetapi akhirnya kami sedar ia adalah satu ukuran yang luar biasa.”



SIRIM - Sensor Pengesan Denggi

$
0
0
Wabak denggi bukan satu ancaman yang boleh dipandang ringan kerana boleh meragut nyawa.

Sebanyak 31,170 kes demam denggi dengan 63 kematian dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 9 November lepas berbanding 18,679 kes membabitkan 32 kematian pada tempoh sama tahun lepas.

Itu senario terkini tetapi kebimbangan terhadap peningkatan kes harus disusuli dengan apa juga langkah persediaan menghadapinya.

Antaranya ialah menerusi pencegahan awal membersihkan kawasan daripada tempat pembiakan, melakukan semburan asap manakala mereka yang telah mempunyai simptom perlu disahkan supaya boleh menerima rawatan.

Bagaimanapun, berdasarkan kaedah ketika ini, seseorang yang yang disyaki hanya boleh disahkan positif denggi selepas empat hari yang mana boleh mengancam nyawa sekiranya lambat mendapat rawatan.

Sehubungan itu, satu kaedah ringkas dan pantas perlu diperkenalkan yang mana seseorang boleh disahkan mengidap demam denggi dalam masa yang cepat.

Penyelidikan pernah dijalankan di Universiti Sains Malaysia (USM) yang menghasilkan sejenis kit untuk mengesan kes-kes denggi di kalangan mereka yang menunjukkan tanda-tanda atau simptom.

Bagaimanapun usaha sekumpulan penyelidik pelbagai institusi penyelidikan untuk mencari kaedah terpantas mengesan penyakit demam denggi bermula dua tahun lepas diharap dapat memberi anjakan paradigma kepada usaha memodenkan sektor perubatan tempatan secara berperingkat.

Antara yang terlibat ialah Pusat Penyelidikan Bioteknologi Perindustrian (IBRC) SIRIM Berhad, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Kumpulan ini memulakan penyelidikan menghasilkan biosensor untuk pengesanan denggi bermula 1O ktober 2011 menerusi dana Nanoteknologi Direktorat (NND) yang berjumlah RM369,000 selama dua tahun. Penyelidikan tersebut kini mencapai 70 peratus untuk siap.

Menurut seorang penyelidik dari IBRC, Rafidah Saadun, objektif penyelidikan tersebut ialah untuk membangunkan teknologi mengesan denggi menggunakan kaedah penskrinan terpantas.

"Kita tahu kebiasaannya pesakit yang diserang virus denggi akan mengambil masa selama empat hari baru dapat di kesan.

"Oleh itu kami membangunkan satu kaedah penskrinan yang pantas yang boleh mengambil masa lebih cepat untuk mengesan virus berkenaan, dan mengesahkannya sebagai denggi menerusi satu cip biosensor," katanya ketika ditemui di IBRC SIRIM , Shah Alam baru-baru ini

Menghuraikan lebih lanjut beliau berkata, terdapat permintaan dalam perubatan untuk pembangunan kaedah diagnosis peringkat awal yang lebih berkesan, mudah dan kos efektif bagi saringan penyakit semasa seperti denggi.

Katanya, pembangunan kaedah tersebut amatlah berguna di klinik, hospital, farmasi mahupun untuk kegunaan peribadi di rumah.

Diagnosis peringkat awal berdasarkan gejala jangkitan virus ini amatlah sukar kerana kesan jangkitan denggi menunjukkan kesan yang sama dengan serangan virus influenza, campak, malaria, demam kuning dan jangkitan virus lain.

Tambahan pula, ujian ELISA untuk mengesan jenis-jenis antibodi IgG dan IgM dari jangkitan virus denggi boleh didapati tetapi malangnya keputusan ujian tersebut sering bertindih dengan keputusan ujian dengan flaviviruses lain dan juga hanya boleh dilakukan selepas lima hari jangkitan untuk mendapatkan tindak balas imun yang mencukupi bagi penghasilan antibodi untuk ujian tersebut.

Situasi tersebut dilihat melambatkan diagnosis terhadap pesakit dengan jangkitan denggi yang teruk seperti contohnya komplikasi pendarahan yang cenderung kepada kematian pesakit tersebut.

Menurut Rafidah lagi, bagi menjalankan penyelidikan tersebut, jujukan pengesan (probe) telah dihasilkan semula daripada salah satu serotaip (jenis) virus denggi.

Jujukan pengesan yang terdiri daripada tiga jujukan asid nukleik peptida (PNA) berbeza diwakili oleh jujukan yang berpadanan, jujukan tidak berpadanan dan jujukan single mismatch digunakan untuk mengesan kehadiran gen virus denggi dari sampel darah pesakit.

Pendekatan yang digunakan ialah teknik molekul iaitu memilih gen virus denggi sendiri daripada yang sedia ada iaitu empat jenis atau serotaip yang memang dikategorikan sebagai virus denggi.

Kumpulannya, kata Rafidah menggunakan salinan jujukan virus daripada yang sedia ada untuk dijadikan pengesan atau prob untuk menghasilkan biosensor berkenaan.

Prob tersebut akan bertindak sebagai pengesan apabila sampel darah pesakit yang mempunyai antigen atau protein selepas DNAnya diekstrak untuk menentukan sama ada darah tersebut mempunyai virus denggi atau sebaliknya.

"Prob yang terdiri daripada PNA bertindak sebagai pengesan akan dipegunkan pada permukaan slaid kaca," katanya.

Seorang rakan penyelidik Samsulida Abdul Rahman berkata, beliau memanfaatkan teknik yang dipelajari selama tiga bulan di Institut Penyelidikan Biosains dan Bioteknologi (KRIBB), Korea yang mana pengubahsuaian permukaan slaid kaca dilakukan supaya pemegunan prob di atas slaid kaca tersebut dapat dijalankan.

"Kita pegunkan dan kemudian letakkan sasaran DNA itu sama ada DNA denggi adalah sasaran kepada pengesan tersebut," ujarnya.

Katanya, nanopartikel gold enhancer digunakan untuk mendapatkan saiz biocip yang sesuai bagi penglihatan secara langsung oleh mata kasar.

Penyelidikan tersebut sedang dalam proses untuk pemegunan dan pencirian DNA sasaran.

Apabila siap, sensor tersebut boleh dimanfaatkan di hospital dan juga oleh orang awam.



Teleskop Gaia – Merakam 1 Bilion Bintang Di Bima Sakti

$
0
0

Agensi Angkasa Eropah (ESA) telah pun menghantar teleskop angkasa Gaia pada 19 Disember 2013, yang mana akan merakamkan gambar galaksi dalam bentuk 3D yang sangat jitu. Teleskop angkasa ini dijangka akan menganalisa dan merakamkan hampir 1% daripada bintang yang terdapat dalam galaksi Bima Sakti ini.

Mengikut anggaran kasar, ia dikatakan terdapat hampir 100 bilion bintang didalam Bima Sakti.

Dengan membuat penganalisaan menggunakan teleskop angkasa Gaia ini, ia dijangka akan memberikan para pengkaji dan penganalisa lebih banyak info dan data, sekaligus menyumbang untuk pengetahuan berkaitan bagaimanakah galaksi kita terhasil dan berkembang sehingga sekarang.

Gaia dijangka akan berada diangkasa sehingga 5 tahun, dimana ketika tempoh tersebut, ia bakal menganalisa pelbagai jenis posisi bintang lebih kurang 70 kali untuk setiap satunya. Kemudiannya, ia bakal digunakan untuk membuat peta 3D untuk galaksi Bima Sakti yang turut dihuni Bumi.




Keupayaan Teknologi Sensor

$
0
0


Malaysia kini berada pada landasan betul dalam penyelidikan pembangunan teknologi sensor dengan kemampuan menghasilkan 100 inovasi teknologi tersebut ketika ini.

Teknologi tersebut yang kini dianggap sebagai teknologi masa depan, apatah lagi dengan penggunaan nano teknologi yang mana, saiz sensor menjadi semakin kecil.

Tambahan pula inovasi teknologi sensor merentasi pelbagai bidang yang mana aplikasinya terdapat daripada keselamatan, alam sekitar, makanan, pertanian dan perubatan manakala banyak penyelidikan sedang rancak dijalankan melibatkan universiti dan institusi penyelidikan tempatan seperti Mimos Berhad, dan juga Sirim.

Mimos Berhad berjaya membangunkan pelbagai sensor antaranya bagi menguji tahap glukosa dalam darah dan menguji kualiti air kolam ternakan.

Di peringkat universiti, penyelidikan dalam bidang sensor juga telah digerakkan dan ini memberi harapan baharu kepada bidang tersebut yang sebenarnya sudah diterokai di negara ini sejak 1980an lagi.

Kesungguhan institusi penyelidikan dan juga universiti terbabit menjalankan penyelidikan telah terbukti dan sewajarnya mendapat sokongan daripada pelbagai pihak khususnya kerajaan.

Seperti saranan Timabalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah semasa merasmikan Persidangan AsiaSense ke-6 di Melaka baru-baru ini bahawa Malaysia perlu menguasai teknologi bukan hanya penting kepada pengguna sahaja, malah negara perlu mempunyai produk-produk berasaskan sensor sendiri sebagai sumber pendapatan pada masa akan datang.

“Apa yang diharapkan kepelbagaian teknologi sensor di negara ini dapat dikembangkan dari segi penciptaan serta penggunaannya,’’ katanya.

Persidangan tersebut yang dianjurkan oleh Sirim Berhad dengan kerjasama beberapa institusi pengajian tinggi dan institusi penyelidikan disertai oleh 150 orang peserta yang terdiri daripada saintis, jurutera, pelajar dan institusi penyelidikan berkaitan sensor atau teknologi penderia dari pelbagai negara.

Beliau berkata, kerajaan menerusi MOSTI akan menyokong usaha membangunkan teknologi sensor termasuk menyediakan dana penyelidikan yang sesuai.

Abu Bakar turut merasmikan Persatuan Pembangunan Teknologi Sensor Malaysia yang bertujuan menghimpunkan penyelidik dan profesional dalam bidang teknologi sensor bagi bertukar pendapat dan idea.

Dalam pada itu pengerusi persatuan tersebut, Prof. Datuk Dr. Musa Ahmad berkata, kajian mengenai sensor di negara ini telah bermula sejak 1980an lagi.

"Saya antara golongan awal meneroka penyelidikan ini iaitu pada 1988 dan sekarang semua universiti (dan institusi penyelidikan) sudah memulakan dan menjalankan penyelidikan mengenai sensor," ujarnya.

Malah, sekarang perlu ada pangkalan data mengenai berkenaan penyelidikan tersebut bagi menentukan apakah bentuk penyelidikan sensor yang dijalankan dan alat yang digunakan dan di mana penyelidikan tersebut dijalankan.

Pangkalan data tersebut juga berguna bagi memastikan supaya tidak penyelidikan bertindih atau kajian yang lebih kurang sama dengan antara institusi penyelidikan atau universiti.

Apa yang penting bagi persatuan tersebut wujudnya jalinan kerjasama antara universiti bagi membentuk satu sinergi dan akhirnya membentuk satu jalinan dengan industri.

Penyelidikan kata Musa sebagai satu kerja hakiki penyelidik dan pada masa sama, persatuan membantu menganjurkan sesi latihan atau seminar bagi memantapkan lagi bidang penyelidikan sensor.

Persatuan telah dilancarkan pada 27 Ogos 2013 dengan keahliannya terdiri daripada pensyarah dan pelajar manakala mereka dari luar negara dikategorikan sebagai ahli bersekutu.

Sebelum ini katanya, penganjuran seminar telah diadakan beberapa kali dan penyelidik telah menunjukkan komitmen yang tinggi.

Pada masa sama, persatuan mengalu-alukan sokongan kerajaan menerusi penyediaan dana penyelidikan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) dan Sciencefund sebagai contoh bagi memacu bidang tersebut di negara ini.

Mengenai fokus penyelidikan dalam bidang sains, Musa berkata, tumpuan perlu ke aplikasi sepatutnya sensor halal.

Bidang bidang lain termasuk alam sekitar, pemakanan dan pertanian yang mana universiti seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) boleh menjadi satu pusat kecemerlangan sensor.

Pada masa sama, teknologi moden sensor akan semakin mengecil dengan aplikasi teknologi nano yang mana saiz menjadi perhatian.

Oleh itu sensor adalah teknologi masa depan, apatah lagi aplikasinya semakin meluas dengan adanya produk elektronik dan merentas pelbagai kemudahan termasuk minyak dan gas serta bahan kimia.






Utusan

Manfaat Nadir Bumi (Nuklear)

$
0
0


Apabila membincangkan tentang nuklear, lazimnya hanya membincangkan mengenai bom atau senjata sedangkan ramai mungkin tidak menyedari banyak teknologi berkaitan nuklear.

Sebagai contoh, teknologi sinaran seperti sinaran - X merupakan sebahagian daripada teknologi nuklear yang mana tidak ramai tahun mengenainya.

Siapa yang menyangka teknologi nuklear digunakan untuk digunakan dalam pelbagai teknologi. Sekadar beberapa contoh, mengesan kebocoran paip, teknologi menyahkuman dan juga dalam pertanian untuk menghasilkan varieti baru tanaman menerusi mutasi biji benih?

Apabila ancaman nuklear menjadi sebagai berita yang hangat diperkatakan, pengetahuan semakin bertambah mengenai apa dia loji nuklear sebagai penjana tenaga dan kemudiannya sedar betapa bahayanya radiasi.

Ancaman radiasi menjadi momokan ketika ini yang mana, manusia kelihatan lupa mengenai faedah tenaga nuklear, sebaliknya mereka semakin sangsi mengenai keselamatan teknologi nuklear dan kepentingannya dalam kehidupan seharian.

Sejarah nuklear di negara ini bermula dengan penubuhan Pusat Penyelidikan Atom Tun Dr. Ismail (Puspati) pada 1972 yang kemudiannya di kenaili sebagai Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT). Kini MINT dikenali sebagai Agensi Nuklear Malaysia (MINT).

Penubuhan institut berkenaan sangat penting bagi mempelopori dan merintis pembangunan teknologi nuklear tempatan sebelum dipindahkan ke sektor swasta.

Dengan kejayaan tersebut, teknologi nuklear Malaysia berkembang dan disokong oleh program pengajian yang berkaitan nuklear yang ditawarkan beberapa universiti tempatan.

Kejayaan tersebut juga menandakan Malaysia memasuki fasa baru dalam penggunaan teknologi nuklear dengan wujudnya Akta Pelesenan Tenaga Atom yang membawa kepada penubuhan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB).

AELB diwujudkan dengan tiga objektif utama ,3S iaitu Safety, Security dan Safeguard.

Sebagai badan regulator kepada aktiviti berkaitan nuklear yang membezakanya dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia), AELB berfungsi sebagai badan pengawasan keselamatan dan mengawal aktiviti tersebut termasuk dalam pengurusan sisa radioaktif.

Ini bermakna segala aktiviti berkaitan dengan teknologi dan radiasi perlu mendapat kebenaran daripada AELB.

Fungsi itu turut merangkumi hal berkaitan kawalan import eksport dan kesediaan serta maklum balas kecemasan.

Menurut Pengerusi AELB, Datuk Dr. Sukiman Sarmani apa yang penting bagaimana Malaysia berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk kesedaran politik dan kemampuan pakar.

Kesedaran orang ramai mengenai keselamatan dan aktiviti industri yang berkaitan nuklear perlu diterapkan selain menyediakan kemudahan yang sesuai.

"Kita perlu sentiasa membangunkan pelbagai aspek penting termasuk perundangan, teknikal dan kemampuan tenaga pakar profesional dan mengaplikasikan instrumen perundangan antarabangsa kepada sistem perundangan domestik," katanya.

Beliau berkata, mahu tidak mahu Malaysia perlu terokai bidang teknologi tinggi dalam usaha meningkatkan pendapatan negara.

Setiap teknologi tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan, tetapi setiap risiko yang mungkin timbul boleh dikenal pasti dan di jangka impak dan kesannya.

Secara lazimnya, manusia bimbang dengan perkara yang tidak diketahui seperti takut hantu dan sebagainya.

Jangkauan dan penjelasan kepada masyarakat melalui pelbagai kaedah seperti media massa atau dialog akan dapat menjelaskan banyak perkara dan boleh merungkai masalah yang timbul manakala orang awam tidak boleh diberi maklumat salah yang memesongkan, mereka perlu diberi maklumat penuh tanpa berselindung.

Masyarakat kata Dr. Sukiman, lebih suka mendengar keburukan daripada kebaikan. Dengan itu katanya, menjadi tugas industri dan juga agensi kerajaan memberikan penjelasan sebaiknya berkenaan teknologi nuklear.

"Dalam dunia media baru (ini), lebih banyak laman web yang bersifat anti-nuklear oleh itu golongan para pro-nuklear perlu menghidangkan perkara kebaikan," tegasnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, terdapat pelbagai undang-undang dan peraturan yang berkaitan teknologi tinggi dan teknologi hijau memandangkan masyarakat ketika ini amat prihatin dengan keselamatan alam sekitar, keselamatan dan kesihatan masyarakat.

Maka Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom 1984 serta peraturan yang dibuat di bawah akta tersebut perlu difahami.

Jika masyarakat memahaminya maka penguatkuasaan segala peraturan akan dapat dilaksanakan lebih berkesan. Penglibatan masyarakat amat penting bagi menjamin keselamatan alam sekitar dan juga masyarakat juga.

Mengenai peraturan tersebut beliau menjelaskan, terdapat pelbagai kelas lesen untuk aktiviti tertentu. Kunci utama ialah pihak pemohon memastikan 3 S itu dipenuhi.

Pemohon mesti berupaya mempastikan pekerja, orang awam serta alam sekitar selamat daripada bahaya sinaran akibat daripada penggunaan teknologi berkaitan yang perlu dilesenkan.

Bahan-bahan radioaktif yang diguna mestilah diawasi dari segi keselamatan fizikal bagi mengelakkan daripada kecurian atau salah guna dan pemohon lesen mestilah juga berupaya menjaga bahan nuklear daripada ancaman keganasan.

Mengulas mengenai isu Lynas atau nama penuhnya Lynas Advance Material Plant (LAMP), Dr. Sukiman berkata, syarikat berkenaan bercadang memproses bijih bagi menghasilkan unsur nadir bumi.

Kata beliau, unsur nadir bumi ialah sekumpulan 15 unsur kimia yang cukup istimewa sifatnya dan boleh dimanfaatkan dalam pelbagai industri seperti elektronik, paparan komputer, paparan telefon bimbit, bahan magnet untuk kenderaan hibrid, turbin angin bagi menghasilkan elektrik, bahan superkonduktor dalam kegunaan keretapi peluru, perkakas ketenteraan dan pertahanan.

Katanya, unsur nadir bumi amat berguna dalam teknologi tinggi dan teknologi hijau.

Pada tahun 1980-an terdapat syarikat Asia Rare Earth di Ipoh yang juga menghasilkan unsur nadir bumi daripada tahi bijih timah. Pada waktu itu undang-undang mengawal bahan radioaktif dan sisa kimia masih belum sempurna.

Pada masa ini, terdapat dua syarikat masing-masing di Ipoh dan Kemaman yang menghasilkan pewarna daripada mineral tahi bijih dan mineral ilmenit dan rutile bagi menghasilkan bahan pigmen titanium dioksida (titanium dioxide).

Kedua-dua syarikat terbabit, juga tertakluk kepada Akta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

Mengulas lanjut, beliau seterusnya berkata, Lynas adalah salah satu usaha penerokaan teknologi tinggi berkaitan dengan sektor sumber tenaga hijau.

"Jika kita ingin meningkatkan aktiviti hiliran penggunaan unsur nadir bumi kita perlu ada industri yang menghasilkan unsur nadir bumi dengan bekalan yang stabil dan harga yang memadai," katanya.




Viewing all 188 articles
Browse latest View live