Quantcast
Channel: Persada sites
Viewing all 188 articles
Browse latest View live

Misi Manusia Ke Marikh Tahun 2030

$
0
0


Misi menghantar manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2030 mungkin boleh dijayakan, tetapi ia dikatakan beberapa perkara perlu diubah, termasuk kerjasama dari segi antarabangsa untuk pelbagai agensi angkasa.

Walaupun dari segi teknologi perkara tersebut dikatakan boleh dijayakan, salah satu perkara yang menjadi penghalang untuknya adalah dari segi belanjawan kewangan yang diperuntukkan – terutamanya oleh Amerika Syarikat kepada NASA.

Pada masa yang sama, ia turut menjadi tanda tanya sama ada menghantar manusia ke planet tersebut merupakan suatu keperluaan ataupun sebaliknya buat masa ini.

Dengan kerjasama pelbagai agensi angkasa seluruh dunia dan juga organisasi swasta, ia tidak mustahil untuk dijayakan.

Apa pun, mungkin kita akan dapat melihat penghantaran manusia ke planet Marikh dalam masa dua ke tiga dekad lagi.





zeta

Misteri Budak Dari Marikh

$
0
0
BORISCHA, kanak-kanak Rusia yang menggemparkan saintis dengan pengetahuannya yang terperinci tentang bumi dan Marikh.
Laporan akhbar tentang pakar astrofizik Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadangkan sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing sememangnya mencuri perhatian.

Bagaimanapun, Mazlan berkata, tugasan yang didakwa diberikan kepadanya itu sebenarnya tidak wujud.

"Memang menarik menjadi orang pertama berkomunikasi dengan entiti luar, namun saya perlu menafikan kesahihannya," katanya melalui e-mel kepada akhbar The Guardian di London.

Sebelum itu, laman web berita media Australia, www.news.com.au melaporkan Mazlan dilantik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk berinteraksi dengan makhluk asing jika kewujudan entiti itu disahkan secara saintifik.

Walaupun berita itu turut disangkal oleh Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB (UNOOSA): hal ini sekilas menerbitkan kembali tanda soal di minda kita. Wujudkah makhluk asing? Hakikatnya saintis-saintis juga masih menyelongkar jawapannya.

Malapetaka

Apabila berbicara tentang makhluk asing atau hidupan di angkasa lepas, kisah seorang kanak-kanak lelaki Rusia, Boriska Kipriyanovich atau Borischa sangat menarik untuk dikongsi. Kanak-kanak itu mendakwa dirinya berasal dari Marikh, planet yang terletak sekurang-kurangnya 55 juta kilometer dari bumi.

Bukan setakat itu, Borischa juga bertegas masih ada hidupan di Marikh dan mereka terpaksa tinggal di bawah tanah serta bernafas dengan gas berasaskan karbon.

Dilahirkan pada 11 Januari 1996, Borischa membuat dakwaan itu ketika usianya tujuh tahun. Berita tentang Borischa mula berlegar di Rusia pada tahun 2004 apabila media Truth Report Russia melaporkannya.

Dunia semakin mengenali kanak-kanak aneh itu apabila sebuah badan mengkaji misteri, Camelot Project dari Amerika Syarikat menemu bualnya pada tahun 2007 dan videonya dimuat naik di laman Youtube pada awal tahun 2008.

Kini, jika dihitung, kanak-kanak itu sudah berusia 14 tahun. 
LENSA teropong NASA pernah merakam imej seperti manusia di planet Marikh. Mungkinkah makhluk itu berketinggian tujuh meter seperti yang digambarkan Borischa?


Borischa bukan tiba-tiba muncul ke bumi dari Marikh sebaliknya dia dilahirkan seperti anak yang lain, daripada rahim ibunya, Nadezhda Kipriyanovich di Zhirinovsk, Volgograd, Rusia.

Borischa mendakwa dia merupakan seorang penduduk Marikh yang berketinggian tujuh meter dalam kehidupan masa lalu.

Bunyinya seperti lucu tetapi teruskan membaca.

Kanak-kanak berwajah menarik itu mula mendedahkan 'pengetahuannya' tentang Marikh ketika menyertai satu ekspedisi di zon anomali, Medvedetskaya Gryada dekat Volgograd.

Di hadapan para peserta ekspedisi yang rata-ratanya orang yang berpengetahuan tinggi dan berfikiran terbuka, dia yang ketika itu berusia tujuh tahun memukau dengan bicaranya tentang tamadun Marikh, bandar-bandar megalitik, kapal angkasa mereka, penerbangan ke planet-planet lain dan tamadun purba Lemuria di bumi seperti dia benar-benar menyaksikannya.

"Boleh anda bayangkan, apabila semua orang duduk mengelilingi kem api, tiba-tiba seorang budak berusia sekitar tujuh tahun meminta semua orang memberi perhatian kepadanya. Ramai orang terkejut tentang dua perkara.

"Pertama, kanak-kanak itu benar-benar berpengetahuan. Daya intelektualnya sangat jauh jika dibandingkan dengan kanak-kanak tipikal.

"Profesor di universiti pun belum tentu mampu bercerita tentang sejarah Lemuria dengan begitu terperinci. Anda takkan menemuinya dalam buku teks sekolah.

"Kedua, kami semua tertawan dengan ucapan budak itu. Bahasa yang digunakan tidak seperti kanak-kanak biasa.

"Pengetahuannya tentang terminologi yang spesifik serta terperinci berkenaan Marikh dan bumi mengagumkan semua orang," kata seorang profesor universiti, Gennady Belimov, antara saintis yang mula-mula melaporkan keluarbiasaan Borischa.

Tamadun Lemuria merujuk kepada tamadun purba yang dipercayai wujud di bumi 800,000 tahun yang lalu.

Kisah Borischa menarik perhatian para saintis Rusia tahun 2004.

Profesor Vladislav Lugovenko lantas menyifatkan kanak-kanak itu sebagai kanak-kanak indigo iaitu yang mempunyai keupayaan mental yang luar biasa.

"Borischa salah satu daripadanya. Kanak-kanak indigo juga seperti mempunyai misi khas untuk mengubah masyarakat bumi," katanya.

Ibu Borischa yang merupakan seorang dermatologis di klinik awam serta bapanya, seorang pegawai bersara juga berasa aneh tentang anak mereka itu.

Nadezhda atau Nadya berkata, dia tidak berasa sakit semasa melahirkan Borischa dan bayi itu merenungnya seperti pandangan seorang dewasa kala ditunjukkan kepadanya.Permainan Huruf

Pada usia satu tahun, Borischa memberinya permainan huruf-huruf dan pada usia setahun setengah dia sudah boleh membaca surat khabar bercetakan besar. Pada usia dua tahun pula dia boleh melukis dan mewarna.

Belum pun umurnya mencecah tiga tahun, Borischa sudah bercerita kepada ibu bapanya tentang alam semesta

"Dia boleh menamakan semua planet dalam sistem suria termasuk satelit-satelitnya. Dia menyimbah saya dengan nama-nama dan bilangan galaksi.

"Pada mulanya, saya berasa takut dan fikir anak saya mungkin hilang akal, tetapi apabila saya periksa apa yang dikatakannya memang benar wujud.

"Saya cari buku-buku berkenaan astronomi dan terkejut apabila mendapati anak saya tahu banyak mengenainya. Tidak ada sesiapa yang mengajarnya.

""Apabila saya bawa anak saya kepada banyak saintis termasuk ufologis, ahli astronomi dan sejarahwan, mereka setuju bahawa adalah mustahil untuk menyatukan semua ini menjadi satu cerita.

"Terma-terma asing dan saintifik yang digunakannya hanya diguna pakai oleh mereka yang pakar dalam bidang sains itu sahaja," tambahnya.

Kebijaksanaan Borischa turut menyulitkannya untuk belajar di sekolah. Selepas interbiu pertama, dia dipindahkan ke gred kedua, tetapi pihak sekolah seperti cuba untuk menyingkirkannya.

Dia dikatakan terus menerus mengganggu pengajaran cikgu dan sering menyatakan yang mereka salah. Kemudian, dia berguru dengan tutor persendirian.

Semasa ditemu bual pada Oktober 2007 oleh Camelot Project, Borischa berusia hampir 12 tahun. Dia ketika itu dikatakan sedang belajar di sebuah sekolah berdekatan Moscow yang dikhaskan untuk kanak-kanak genius.

Sebagai seorang yang meniti usia remaja, penemu bual daripada Camelot Project menyifatkannya sebagai seorang yang mempesona, ceria, malu-malu, peka dan sensitif.


Kapal angkasa manusia sering gagal mendarat di Marikh kerana, menurut Borischa, terdapat signal khas yang dikeluarkan oleh planet itu.

Merapoh Merupakan Dasar Lautan 260 Juta Tahun Dahulu

$
0
0


KUALA LIPIS - Fosil cangkerang dipercayai berusia 260 juta tahun ditemui di kawasan Sungai Yu, Merapoh.

Ahli Paleontologi dari Institut Geologi Malaysia (IGM) Ahmad Rosli Othman berkata, fosil cangkerang itu ditemui pada batuan di sepanjang jalan raya yang sedang dalam pembinaan menghubungkan Kuala Lipis ke Merapoh.

Menurutnya, fosil cangkerang tersebut yang ditemui dalam pelapisan batu lumpur adalah daripada jenis 'brakiopoda' yang lazimnya hidup di persekitaran laut cetek.

“Fosil ini lebih tua usianya berbanding fosil di Taman Emas, Lipis yang berusia 230 juta tahun ditemui pada 2011.

“Antara spesies brakiopoda dikenal pasti ialah Leptodus sp; Transennatia sp dan Spyridiophora sp,” katanya.

Ahmad Rosli yang juga penyelidik dari Lestari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kira-kira 250 hingga 260 juta tahun lalu, kawasan Merapoh dipercayai berada di dasar lautan dan kawasan itu menjadi tempat kehidupan laut purba yang primitif.

Menurutnya, haiwan primitif terbabit hidup berenang bebas di dasar lautan yang agak dalam dan beriklim panas.

“Hidupan ini mati dan kemudiannya tertimbus oleh enapan sedimen dan kekal terawet menjadi batu untuk beratus juta tahun lamanya.

“Proses geologi mengangkat dasar laut timbul ke permukaan bumi dan menjadi daratan serta membentuk topografi atau bentuk muka bumi seperti yang kita lihat pada hari ini,” katanya.

Menurutnya, fosil cangkerang seperti itu turut ditemui di Padang Tengku; Aring; Sg Bera serta Felda Mayam dan ini menunjukkan bahawa kawasan tersebut juga pernah dilitupi lautan pada masa itu.

“Fosil dapat menerangkan usia dan persekitaran di mana ia pernah wujud ratusan juta tahun lampau,” katanya.



Fosil Tumbuhan Kuno Luar Biasa Ditemui

$
0
0


BESUT – Fosil tumbuhan kuno luar biasa yang dianggarkan berusia antara 270 hingga 350 juta tahun ditemui sekumpulan pengkaji bumi di satu kawasan bukit berhampiran projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut.

Penemuan serpihan fosil tumbuhan kuno yang direkodkan setakat ini ialah daripada tujuh genus membabitkan bahagian daun, bunga, akar, buah dan batang yang terawet di bumi Paya Peda sedalam kira-kira 150 meter sebelum ditemui baru-baru ini.

Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Datuk Yunus Abd Razak yang menganggapnya sebagai kejayaan istimewa berkata penemuan itu merupakan satu sejarah baharu yang amat penting kerana ia dapat menentukan usia negara ini di samping kaitannya dengan kewujudan negara-negara di Asia sebelumnya.

Katanya penemuan yang begitu penting kepada ahli geologi di Malaysia ini menunjukkan bukti kukuh bahawa sebahagian timur Semenanjung Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Selatan China dahulunya merupakan satu benua dinamakan Cathaysian.

Jelasnya fosil tumbuhan kuno itu mula ditemui oleh seorang pembantu jurutera kaji tanah sebuah syarikat perunding yang melakukan kerja tanah di tapak Ampangan Paya Peda pada awal tahun 2012 sebelum beliau melaporkannya kepada JMG.

“Pegawai JMG yang membuat siasatan mengesahkan penemuan fosil tumbuhan berkenaan sebagai genus tumbuhan purba yang kini telah pun pupus dari permukaan bumi negara sekarang”, katanya kepada pemberita semasa melakukan lawatan ke lokasi penemuan bersama pegawai dan juga anggota media di sini semalam.

Turut sama dalam lawatan itu termasuk pakar kaji bumi dan juga pakar fosil, Profesor Shafeea Leman dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Pengarah JMG Terengganu Mohd Zukree Abd Ghani serta pegawai kanan dari JMG Terengganu dan Kelantan.

Antara genus yang ditemui setakat ini ialah dari jenis dedaun yang dikenali dengan nama saintifiknya Pecopteris, Tinggia, Lepidodendron, Sigillaria, Sphenophyllum, Neurotepris dan Cordaites selain bahagian bunga atau organ pembiakan dikenali sebagai Lepidostrobos, bahagian akar (Stigmaria) dan batang (Artisia horizontallis).

Yunus percaya ada lebih banyak lagi jenis tumbuhan yang bakal ditemui apabila pihaknya menjalankan kerja-kerja menggali dengan lebih giat di tapak berkenaan dan kawasan sekitarnya kelak.

Dengan penemuan itu JMG akan mengambil langkah awal mewartakan kawasan itu di samping memagar kawasan terbabit bagi mengelakkan ia dirosakkan.

Katanya JMG akan bekerja dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bagi memastikan setiap kerja berkaitan penerokaan fosil tumbuhan kuno ini dapat diteruskan dan tidak tergendala.

Yunus berkata sehingga kini Terengganu merekodkan 23 lokasi sebagai sumber warisan geologi di mana dua daripadanya diberikan penataran luar biasa iaitu di Bukit Keluang dan Bukit Bewah tetapi penemuan di Paya Peda lebih istemewa kerana wujudnya kepelbagaian genus fosil tumbuhannya.

Berbanding dengan beberapa kawasan lain yang pernah ditemui fosil tumbuhan kuno sebelum ini seperti di Gunung Panti, Johor, Gunung Gagau, di sempadan Kelantan, Terengganu dan Pahang, fosil yang terdapat di Paya Peda dianggap yang asli kerana ia tumbuh dan berasal dari kawasan itu dan bukan dipindahkan dari tempat lain.

Katanya kajian pihaknya mendapati kawasan Paya Peda pada satu ketika dahulu merupakan kawasan paya rendah yang akhirnya menjadi berlapis-lapis dengan keadaan tanah yang tinggi dan rendah ekoran proses pemampatan.

Beliau berharap kawasan itu terpelihara dan boleh dijadikan sebagai kawasan kajian oleh pengkaji bumi dari seluruh dunia dan untuk dilawati kanak-kanak sekolah dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT).



Satelit Measat-3B Dilancarkan Mei 2014

$
0
0


Measat atau nama penuhnya, Malaysia East Asia Satellite telah dimulakan hampir 20 tahun yang lepas, dimana Measat-1 telah dilancarkan pada tahun 1996. Kini, selepas beberapa tahun, kerajaan dilihat dalam persiapan untuk melancarkan satelit ke enam, dinamakan Measat-3B pada pertengahan Mei tahun ini.

Measat-3B ini dilihat akan meliputi Malaysia, Indonesia, Asia Selatan dan Australia dalam terus meningkatkan tahap sambungan rangkaian disamping mengurangkan jurang digital di Malaysia.

Measat-3B ini bakal mempunyai kapasiti Ku-Band berkali-ganda berbanding satelit sedia ada, sekaligus memberikan lebih ruangan untuk memenuhi keperluaan telekomunikasi dan jalur-lebar di Malaysia, khususnya di luar-bandar.

Measat-3B bernilai lebih RM1.25 bilion akan membolehkan sistem telekomunikasi dan data video di tambah-baik. Ia bakal dilancarkan di European Spaceport, French Guinea dan dijangka mempunyai jangka-hayat lebih 15 tahun.

Menyusul selepasnya, Measat-3C dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.



Buku Teks Digital Dilancar, Bawa Sistem Pendidikan Ke Tahap Lebih Tinggi

$
0
0


PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan hari ini memperkenalkan buku teks versi digital yang boleh diakses secara dalam talian sebagai alternatif kepada buku teks bercetak.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata penggunaan buku teks digital itu yang mengandungi teks, grafik serta ciri flip (selak helaian) akan dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di seluruh negara mulai tahun ini.

"Ini adalah proses pembangunan dan peningkatan sistem pendidikan bagi pastikan kita mencapai tahap yang baik dalam dunia. Kita adalah antara satu per empat negara yang terawal di dunia yang melaksanakan perkara ini.

"Kita memberi penekanan kepada pembelajaran kendiri di mana pelajar boleh merujuk buku teks digital ini pada bila-bila masa dan di mana-mana mengikut tahap kemampuan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku teks digital di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam gelombang pertama (2013-2015), kementerian memuat naik 313 judul buku teks yang boleh diakses secara percuma melalui portal 1BestariNet menggunakan ID yang telah dibekalkan kepada semua guru dan murid.

Bagaimanapun, kata Idris, penggunaan buku teks bercetak masih dikekalkan buat masa ini.

Pendigitalan buku teks dilakukan dalam tiga gelombang seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula tahun 2013 hingga 2025.

Bagi gelombang kedua (2016-2020), kementerian merancang untuk menghasilkan buku teks dalam bentuk interaktif bagi mata pelajaran terpilih, yang mengandungi elemen teks, grafik, audio, video dan animasi untuk membantu pemahaman murid dalam pengajaran dan pembelajaran.

Gelombang ketiga (2021-2025) pula bakal menyaksikan penerbitan buku teks digital bagi semua mata pelajaran termasuk bagi murid berkeperluan khas.

Idris berkata, pelajar juga dibenarkan membawa peranti masing-masing (tablet, iPad) ke sekolah bagi tujuan mengakses buku teks digital untuk menggantikan buku teks bercetak.

Ditanya tentang dakwaan laporan polis yang dibuat dua anggota Dewan Undangan Negeri di Negeri Sembilan bahawa terdapat tinjauan seks dijalankan di sebuah sekolah rendah di Nilai, Idris berkata beliau telah maklum mengenai perkara itu tetapi masih menunggu maklumat lanjut sebelum boleh mengulas.

Terdahulu dalam ucapannya, Idris berkata kementerian tidak berhasrat menghentikan PPPM seperti yang diminta sesetengah pihak.

"Berilah masa. Baru lima bulan pelan ini dilancarkan, sudah tentu akan ada sedikit masalah di peringkat pelaksanaan. Tetapi kita mahu melihat kualiti pendidikan kita di tahap terbaik.

"Saya percaya dengan adanya komitmen daripada semua pihak, kita boleh mencapai objektif yang digariskan dalam pelan tersebut," katanya.





Biofuel Dari Tumbuhan Hijau

$
0
0

Teknologi Nano Emulsi dan Polarisasi

Kajian terhadap beberapa tumbuhan hijau yang berpontensi menghasilkan minyak untuk kegunaan kenderaan. Antara tumbuhan yang pernah disebutkan adalah pokok jathopha atau pokok jarak serta beberapa tumbuhan hijau lain.

Minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan ini akan diproses melalui teknologi yang dipanggil 'Nano Emulsi dan Polarisasi' atau 'Nano Emulsion and Polarization' sehingga menghasilkan satu bahan aditif (Nano-Additive) yang boleh dicampurkan dengan petrol atau diesel untuk kegunaan kederaan dan kilang.

Formula unik ini disebut 'Nano-Additive' dicampurkan dengan petrol/diesel, dicampurkan lagi dengan air maka terhasil biofuel (Nano-Additive + Petrol/Diesel + Air = Biofuel)

Melalui formula ini jelas dapat menjimatkan petrol. Jika kebiasaan 100 peratus menggunakan petrol maka dengan formula ini kegunaan petrol dapat dijimatkan dengan menambah formula biofuel ini melalui sukatan tertentu.




Fosil Pertama Dinosaur Ditemui Di Malaysia

$
0
0

Dinasour pernah mendiami Malaysia? Penemuan fosil gigi dinasour spinosaurid, di pedalaman Pahang itu mungkin mengubah sejarah bahawa haiwan purba spesis karnivor yang memakan ikan itu pernah wujud di negara kita. 

Tinggalan fosil dinosour karnivor yang memakan ikan telah ditemui di Malaysia dan Universiti Malaya dijangka bersedia untuk mendedahkan buktinya.

Ditemui di kawasan pedalaman luar bandar di Pahang, tinggalan fosil dinosaur 'spinosauridae' yang dipercayai dari era lewat Mesozoic ini berkemungkinan besar dari tempoh zaman Cretaceous iaitu antara 65 juta dan 145.5 juta tahun lalu. Dipercayai ini menjadi kali pertama fosil dinosaur ditemui di Malaysia.

Fosil dinosaur ini telah dikenal pasti oleh pasukan yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Masatoshi Sone dari jabatan geologi universiti itu dengan kerjasama pakar paleontologi reptilia Profesor Ren Hirayama dari Universiti Waseda di Tokyo.

'Spinosauridae' adalah sebuah keluarga tertentu dinosaur karnivor yang mempunyai ciri-ciri tengkorak memanjang seperti buaya dengan gigi berbentuk kon sama ada sangat kecil atau tanpa gerigi.

Satu lagi fosil 'spinosauridae' telah ditemui di Australia pada tahun 2011, di mana sebelum ini spesies ini dipercayai hanya wujud di hemisfera utara.

Ahli-ahli sains telah menemui leher vertebrata berusia 125 juta tahun yang sama dengan Baryonx di Victoria, Australia.






Apa Itu Pembenihan Awan

$
0
0
 
Pembenihan awan adalah proses bagi menghasilkan hujan berikutan cuaca panas, jerebu atau lain lain yang terdesak perlukan hujan.


TERDAPAT 3 JENIS PEMBENIHAN AWAN:-

Pembenihan dinamik awan
Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.

Pembenihan Awan Higroskopik
Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.

Pembenihan Awan Statik
Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.

Namun begitu, Pembenihan awan juga bergantung pada cuaca dan awan yang sesuai juga mesti ada, wajib! Kaedah ini bergantung kepada suhu dan juga kandungan komposisi awan. 
 
Proses pembenihan awan sebenarnya adalah sangat kompleks dan kos yang tinggi mencecah ribuan ringgit.

Plastik Mesra Alam - Plastik Boleh Dimakan

$
0
0


Utusan | Biasanya produk plastik, terutama beg plastik beli-belah tidak mesra alam dan memerlukan masa beratus-ratus tahun untuk mereput.

Tetapi kini terdapat beberapa pasar raya yang menggunakan beg plastik mesra alam yang cepat reput.

Terkini sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menjalankan kajian menghasilkan plastik yang boleh dimakan.

Ketua Penyelidiknya Dr. Azwan Mat Lazim berkata, idea bermula apabila melihat amat banyak bahan buangan dan tanaman eksotik yang kaya dengan kanji dan karbohidrat terbiar di kampung.

"Misalnya biji durian, ubi keling, ubi kemili, ubi kayu dan jagung banyak terbuang begitu sahaja," katanya semasa ditemui di UKM.

Apa yang lebih menarik jelas Dr. Azwan, sebahagian daripada tanaman berkenaan mempunyai ciri-ciri antibakteria yang sesuai untuk membungkus makanan selain mengekalkan kesegarannya.

Selain plastik yang dihasilkan boleh dimakan, ia boleh dimasukkan bahan-bahan lain seperti ekstrak cili atau bawang putih.

"Banyak yang boleh dilakukan untuk menghasilkan pembungkusan pintar. Mungkin satu hari nanti kita boleh masukkan indikator dalam bungkusan ikan bagi menentukan kesegarannya.

Penunjuk

"Ini kerana ikan yang tidak segar atau rosak akan mengeluarkan kumpulan amin yang mudah dikesan dengan menggunakan penunjuk yang boleh mengesan kumpulan amin yang dikeluarkan oleh ikan," katanya.

Perkara ini jelas Dr. Azwan akan memudahkan penjual dan pengguna yang tidak mempunyai pengalaman membeli barangan basah mendapatkan ikan yang lebih segar.

Bercerita tentang kaedah penghasilan plastik boleh dimakan, Dr. Azwan berkata terdapat hanya tiga peringkat pembuatan.

"Ia bermula dengan penghasilan filem, menambah bahan mentah seperti ubi kemili, ubi keling, ubi kayu atau biji durian serta pengikat silang dan penghasilan sampel," katanya.

Dr. Azwan berkata, tekstur biji durian boleh dikatakan sama dengan kanji daripada jagung dan sesuai menghasilkan plastik yang boleh dimakan.

"Sebagai pengguna, kita tidak akan merasa ragu dengan makanan yang dibalut dengan plastik yang boleh dimakan walaupun terdapat cebisan plastik pada makanan itu," katanya.



Kapsul Herba Antiobesiti Daripada Kacip Fatimah

$
0
0


KOSMO! | Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta kapsul herba antiobesiti yang pertama seumpamanya, dihasilkan daripada kacip fatimah.

Naib canselor USM, Prof. Datuk Dr Omar Osman berkata, kacip fatimah adalah ubat herba tempatan yang digunakan dengan meluas bagi kesihatan wanita, namun julung kali dihasilkan untuk menangani obesiti.

Obesiti dan berat badan berlebihan adalah masalah yang dihadapi bukan sahaja oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak di Malaysia selain menjadi masalah kesihatan global yang menjejaskan penduduk daripada pelbagai lingkungan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Produk itu dibangunkan sepasukan penyelidik daripada Fakulti Sains Farmasi USM diketuai Prof. Dr. Zhari Ismail.

Zhari berkata, prototaip dengan nama Labeesity, perumusan ekstrak terpiawai nano daripada kacip fatimah pada dos 250 miligram/kilogram menunjukkan pengurangan ketara dalam peratusan berat badan, indeks jisim tubuh (BMI) dan lemak viscera ke atas tikus dirawat berbanding kawalan diet tinggi lemak (HFD).

"Penyelidikan ke atas Labeesity mengambil masa dua tahun yang siap pada Jun tahun lepas. Produk itu telah selesai ujian makmal dan ketika ini pada kajian praklinikal dan klinikal.

"Sebuah syarikat tempatan menandatangani memorandum persefahaman untuk memasarkan produk ini dan kami jangkakan antara satu hingga dua bulan untuk pengkomersialannya,” katanya.

Zhari berkata, proses pengkomersialan bergantung kepada tindakan syarikat itu dalam mendapatkan geran bagi ujian klinikal sebelum memasarkannya kepada pelanggan.

Beliau berkata, jumlah pengambilan makanan turut disarankan dengan Labeesity membantu menahan selera makan, mengawal pengumpulan lemak dan melindungi kesan terhadap penyakit lemak hati.



Pengecas Hibrid

$
0
0

Kita sering berhadapan dengan masalah untuk mengecas telefon bimbit dan komputer riba jika berada di luar kawasan rumah atau pejabat.

Bagaimanapun, sekumpulan saintis di Institut Penyelidikan Bahan dan Inovasi di Universiti Bolton cuba menyelesaikan perkara itu dengan mencipta objek sekeliling yang bertukar sebagai penjana kuasa elektrik.

Memetik laporan DailyMail, gentian fleksibel photovoltaic-piezoelectric menggunakan penyeragaman tenaga melalui tindak balas, yang mana kuasa elektrik boleh dijana menerusi pergerakan seperti sedang berjalan di atas permaidani.

Teknologi berpaten itu juga boleh digunakan pada pelbagai permukaan objek asas termasuk pakaian.

Ketua penyelidik, Profesor Siores berkata bahawa ciptaan mereka mungkin boleh menjadi sumber alternatif berikutan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti cahaya matahari, angin dan hujan adalah tidak menentu.

"Ciptaan hibrid kami menggabungkan bahan photovoltaic- piezoelectric yang menggunakan tenaga solar dan pergerakan untuk menghasilkan tenaga elektrik,"katanya.





Endometriosis dan Kemandulan

$
0
0


Penyakit endometriosis boleh dikategorikan sebagai unik yang mempunyai banyak teori, namun penyebab sebenarnya masih belum diketahui.

Ramai wanita mungkin tidak menyedari mereka mengalaminya kerana simptom seakan sama dengan rasa sakit ketika dalam keadaan menstruasi.

Perkataan endometriosis berasal daripada endometrium iaitu lapisan dinding atau tisu yang menyaluti permukaan kulit dalam rahim dan penyakit ini dipercayai berlaku apabila darah haid yang sepatutnya turun melalui saluran uterus ke vagina mengalami penolakan ke atas dan kemudian keluar melalui tiub falopio dan menyelaputi dinding luar rahim.

Bendalir yang menyelaputi dinding rahim itu lama kelamaan akan menjadi tebal mengakibatkan organ berhampiran rahim iaitu usus, pundi kencing akan melekat antara satu sama lain dan setakat ini kes yang pernah ditemui - tisu berkenaan boleh merebak sehingga ke paru-paru.

Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan tiub falopio menghasilkan belon cecair yang mengandungi darah lama yang juga dikenali sebagai ‘choclate cyst’ dan ini akan mengakibatkan kemandulan.

Senggugut serius

Ia akan menyebabkan penghasilan telur yang tidak berkualiti dan sukar untuk membentuk janin dan kadangkala tiub falopio terlekat pada dinding rahim dan menyukarkan telur dan sperma untuk bertemu.

Meskipun lagaknya seperti kanser namun ia tidak mengancam nyawa. Endometriosis ini boleh menyebabkan pesakit mengalami sengungut yang agak teruk apabila datang haid sehingga kebergantungan terhadap pil tahan sakit atau suntikan yang juga tidak digalakkan dalam tempoh masa yang lama.

Namun sekiranya ia bertambah serius, pesakit akan turut mengalami rasa senggugut teruk biarpun bukan pada masa datang haid, malah ia berlaku berterusan sehingga menyebabkan kualiti hidup terganggu di mana pesakit akan kerap mengambil cuti sakit.

Kualiti hubungan pasangan suami isteri juga boleh terjejas kerana keadaan ini akan menyebabkan sakit pada bahagian rahim ke bawah apabila melakukan hubungan seks selain turut berasa kesakitan apabila membuang air besar.

Kaedah rawat

Terdapat kaedah untuk merawat keadaan ini, mereka yang mengalami simptom-simptom perlu mendapat nasihat doktor agar masalah dikenal pasti dengan cara diagnosis berdasarkan pengalaman mereka.

Merawat masalah ini dianggap mencabar kerana kebanyakan mereka yang tampil adalah lingkungan produksi dan mahu hamil turut didapati menghidap endometriosis. Bagi mengatasi masalah ini sejenis ubat menghalang haid akan diberi kepada pesakit dalam masa sama pesakit tidak boleh hamil.

Ini kerana endometriosis berlaku jika wanita itu datang haid, jadi untuk mengatasinya wanita itu perlu berada dalam keadaan tidak haid kerana tisu berkenaan akan kering dalam tempoh masa tertentu.

Terdapat sejenis pil boleh menghalang datang haid, bagaimanapun ia hanya boleh diberi tidak melebihi tempoh enam bulan, jika tidak ia boleh menyebabkan rapuh tulang (osteoporosis) atau simptom menopaus, bagaimanapun sekarang terdapat kaedah baharu boleh bertahan sehingga tiga tahun dan waktu itu wanita tidak akan mengalami haid.

Ini merupakan cabaran kepada doktor pakar sakit puan untuk menentukan kaedah paling sesuai, tetapi sekiranya pesakit berumur 45 tahun ke atas dan tidak lagi menginginkan zuriat, maka disarankan mereka menjalani pembedahan buang rahim.

Endometriosis sukar dikesan, namun dengan kaedah laparoskopi ia boleh ditentukan, di mana prosedur ini memerlukan pembedahan kecil melalui pusat untuk memasukkan kamera bagi melihat keadaan sekitar rahim.

Sekiranya didapati pesakit mempunyai endometriosis, pembedahan kecil dilakukan guna kaedah canggih dengan cara ‘membakar’ tisu endometriosis yang berada di luar rahim.

Setakat ini, tiada ubat yang khusus untuk memulihkan masalah ini dan wanita dinasihatkan menjalani kehidupan seimbang dengan mengamalkan pemakanan diet seimbang, kerap bersenam, banyakkan makan sayuran yang mengandungi antioksidan serta tangani stres dengan baik juga dapat membantu.





USM Cipta Pengganti Mentega Koko

$
0
0


GEORGETOWN - Sepasukan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta pengganti mentega koko (CBR) yang dihasilkan daripada lemak minyak biji mangga bersama adunan stearin sawit.

Ketua penyelidik daripada Sekolah Teknologi Industri, Prof Dr Ir Mohd Omar Ab Kadir berkata, mentega koko adalah lemak yang mempunyai permintaan amat tinggi, tetapi pengeluarannya di dunia semakin menurun akibat masaalah penanaman.

Menurut Lembaga Koko Malaysia, kawasan tanaman koko berkurangan kepada 10,000 hektar daripada 12,000 hektar dalam tempoh 2010 hingga 2013," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Di samping itu, kata beliau harga koko ketika ini juga mahal iaitu RM10,000 setan, berikutan kekurangan bekalan dan oleh itu, CBR daripada lemak biji mangga boleh digunakan sebagai satu daripada opsyen dalam industri pembuatan coklat, gula-gula dan kosmetik.

Dr Mohd Omar berkata penyelidikan yang bermula pada 1990 itu menunjukkan bahawa CBR yang dihasilkan daripada lemak biji mangga dan adunan stearin sawit melalui karbon dioksida superkritikal (SC-CO2), adalah sama dari segi tekstur dan rasa dengan mentega koko asli.

Menurut Dr Mohd Omar, pasukan penyelidiknya akan bekerjasama dengan Sekolah Sains Kesihatan USM untuk menguji dan menggunakan CBR dalam pengeluaran makanan serta penghasilan produk akhir dengan menggunakan CBR daripada lemak biji mangga.

Katanya, penggunaan lemak biji mangga adalah praktikal bagi CBR kerana prosesnya bersifat mesra alam, tidak memerlukan kos pengeluaran yang tinggi dan mempunyai bekalan berterusan.

Beliau berkata stearin sawit yang diperoleh daripada bungkil kelapa sawit, yang lazimnya dieksport sebagai makanan haiwan, berpotensi untuk dijadikan serat kelapa sawit dan seterusnya dikisar menjadi tepung pembuat roti.

Kata Dr Mohd Omar beliau sedang menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan satu sistem menggunakan SC-CO2 bagi menggunakan semula dan mengitar semula sisa pepejal klinikal untuk mengurangkan kos operasi hospital dan klinik.

Menurut beliau penggunaan proses SC-CO2 bukan sahaja boleh mensterilkan sisa pepejal klinikal, tetapi juga membunuh bakteria. - Bernama



Bintang Kuning Gergasi Ditemui

$
0
0


PARIS - Ahli astronomi menemui bintang kuning gergasi di dalam galaksi Bima Sakti dan didakwa berukuran 1,300 kali ganda lebih besar dari matahari.

Menurut saintis di Observatoire de la Cote d'Azur di Nice, bintang HR 5171 A yang disenaraikan sebagai 10 bintang gergasi itu juga adalah sejuta kali ganda lebih terang daripada matahari.

"Walaupun terletak hampir 12,000 tahun cahaya dari bumi, objek tersebut masih dapat dilihat dengan mata kasar. Kedudukan bintang berkembar itu sangat rapat dan ia seakan menyentuh seluruh sistem serta menyerupai seperti kacang gergasi," kata Olivier Chesneau kepada AFP.

Kumpulan saintis tersebut menganggarkan, HR 5171 A adalah 50 peratus lebih besar dari bintang merah gergasi Betelgeuse.

Difahamkan, penemuan bintang gergasi baharu itu dibuat menggunakan Very Large Telescope Interferometer (VLTI) di Balai Pencerap Eropah Selatan di Paranal di Chile.




Simpton Penyakit Buah Pinggang

$
0
0


TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.
Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang -  kegagalan akut dan kronik - akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.

Fungsi utama buah pinggang adalah menapis darah bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan darah dan pembinaan sel darah merah.

Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH darah serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.

Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.

Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.
Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.

Kulit gatal berpanjangan

Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.

Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.

Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam darah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam darah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit
kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.

Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.

Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang.

Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.

Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!

Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda
mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.

Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.

Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.

Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.

 Air kencing mengandungi darah apabila didapati air kencing campur darah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah.

Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain. Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai
menyebabkan seseorang kerap buang air kecil.

Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stres kronik, lemah syahwat, masalah ereksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering melancap (beronani).

Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.

Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.

Bengkak air

Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.

 Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.

Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.

Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).

Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.
Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel darah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.

Akibatnya ialah penurunan bilangan sel darah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.
Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti hilang selera makan, loya, muntah, melayang-layang, lesu kronik, sukar fokus, insomnia, sakit kepala, berat badan berkurangan, kulit gelap, kejang otot, sukar bernafas dan sakit
dada. Kulit semakin kering dan gatal. Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.
Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.

Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.



Manfaat Ganja Untuk Perubatan

$
0
0

Seorang penghidap kanser otak dan paru-paru berumur 80an mengambil minyak ganja setelah doktor mengesahkan dia boleh hidup hanya beberapa minggu.

Dia disahkan bebas daripada kedua-dua kanser tersebut dalam tempoh sembilan bulan. Hari ini setelah lebih tiga tahun mengambil minyak ganja, dia hidup sihat serta menjalani aktiviti harian seperti orang lain.

Ikuti kisahnya berjudul Culture Exclusive: Cannabis Cures Cancer - The Stan Rutner di Youtube.

Kajian makmal pada 2008 dalam laporan The Journal Of Clinical Investigation mendapati sejenis cannabinoid iaitu tetrahydrocannabinol (THC) berupaya menyembuhkan kanser otak.

Golongan saintis yang menjalankan penyelidikan itumembuat kesimpulan, dengan menggunakan proses biokimia yang serupa THC berupaya menyembuhkan pelbagai jenis kanser lain.

Kajian lain mendapati cannabinoid mampu berfungsi menggunakan pelbagai mekanisme termasuk merencatkan pertumbuhan sel kanser, menyebabkan kematian sel kanser dan menghalang metastasis (perpindahan sel kanser ke organ lain).

Undang-undang dua puluh negeri di Amerika Syarikat membenarkan penduduknya menggunakan ganja untuk tujuan perubatan.

Golongan aktivis dan badan bukan kerajaan merupakan penggerak utama dalam berkempen di mana akhirnya mereka menjalankan pungutan suara.

Pungutan suara yang ditangani oleh sebilangan penduduk sesuatu negeri kemudiannya di hantar kepada pihak berkuasa untuk diteliti. Usaha yang dilakukan mengambil masa yang panjang dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan.
  

Kawal penggunaan

Mungkin apabila tiba masa sesuai, negara kita juga membenarkan orang awam menggunakan ganja untuk tujuan perubatan. Sebelum kebenaran dilaksanakan, sudah tentu kajian terperinci perlu dijalankan.

Antara lain yang utama ialah mengeluarkan lesen kepada pengeluar (penanam) dan pengedar/peruncit. Pengguna perlu mendapatkan kad yang mengandungi butir-butir kebenaran daripada pihak berkuasa contohnya doktor perubatan tanpa prejudis.

Sebagaimana dilaksanakan di negeri-negeri Amerika Syarikat yang membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan, setiap penduduk boleh memiliki misalnya sebatang pokok dan beberapa gram ganja kering pada satu-satu masa.

Maksudnya jika seseorang didapati memiliki pokok atau ganja kering lebih daripada kuantiti yang dibenarkan maka ia boleh didakwa pihak berkuasa. Pastikan terdapat klaus yang membenarkan penghidap menggunakan produk ganja seperti minyak ganja atau krim.

Berikut ialah rumusan utama berkaitan bancian bersifat tinjauan yang dijalankan mantan Presiden American Herbalists Guild (AHG), Aviva Romm, berkaitan penggunaan ganja oleh golongan responden tinjauan yang bertaraf herbalis profesional berdaftar dengan AHG.

Untuk pengetahuan pembaca, penulis ialah satu-satunya herbalis Malaysia yang menerima pengiktirafan sebagai herbalis profesional oleh AHG dan berdaftar dengannya.

Namun penulis sendiri tidak terlibat langsung dengan tinjauan tersebut.

Tinjauan berjudul AHG Professional Member Survey: Medicinal Use of Cannabis itu menunjukkan ganja (Cannabis Sativa) digunakan hampir separuh responden untuk tujuan perubatan.

Pada masa sama 55 peratus responden tidak pernah menawarkan penggunaan ganja kepada klien untuk tujuan perubatan.

Sebahagian besar responden tidak menawarkan penggunaan ganja dengan alasan ia adalah bahan diharamkan oleh undang-undang.

Lebih kurang 80 peratus responden menyatakan mereka akan menawarkan penggunaan ganja jika penggunaannya tidak dikekang undang-undang.
Tinjauan tersebut mendapati golongan responden menggunakan ganja secara menyendiri tanpa digabungkan dengan herba lain dalam sebahagian besar rawatan.

Kaedah utama penggunaan ganja untuk tujuan perubatan oleh responden ialah menyedut asap, menyedut wap dan dimakan/minum.

Penulis sendiri tidak pernah menggunakan ganja untuk tujuan perubatan sama ada untuk kegunaan sendiri atau menawarkannya kepada klien.

Namun penulis mengetahui minum rebusan daun ganja adalah antara kaedah utama yang dapat dijadikan penawar untuk redakan  penyakit tertentu.

Pengambilan tincture iaitu sediaan herba yang disediakan dengan merendam herba dalam arak contohnya Vodka adalah amalan yang paling kurang dicadangkan oleh responden tinjauan.

Untuk pengetahuan pembaca, tincture halal boleh disediakan dengan merendam herba dalam cuka atau gliserin berasal daripada pemprosesan minyak sawit.

Tincture terutama tincture arak dikatakan adalah sediaan herba yang paling mujarab dibandingkan dengan sediaan jenis lain seperti rebusan dan sediaan jenis teh (herba direndam dengan air panas selama beberapa minit) atau serbuk herba kering. Tincture cuka dan gliserin juga sebenarnya berguna sebagai bahan rawatan walaupun kuasanya kurang sedikit berbanding tincture arak


Kegunaan terapeutik

Apakah jenis penyakit yang boleh dirawat oleh ganja seperti yang telah diamalkan oleh responden bancian berbentuk tinjauan yang dijalankan oleh Aviva Romm?

Laporan tinjauan beliau menunjukkan responden paling kerap mencadangkan penggunaan ganja terhadap penyakit seperti kanser, glaucoma, keresahan (kerisauan), kurang/hilang selera makan, rasa sakit dan insomnia.

Sebanyak 56.4 peratus responden menganggap ganja menyebabkan ketagihan, manakala 74.9 peratus menganggap ia selamat digunakan golongan dewasa. Bagi 78.4 peratus responden percaya ia tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak. Tiga perempat responden percaya ganja tidak selamat digunakan oleh ibu mengandung.

Data tinjauan tersebut juga menunjukkan responden menggunakan ganja untuk merawat Amyotrophic lateral sclerosis (ALS), penyakit Alzheimer, anorexia, attention deficit hyperactivity disorder, atritis, sindrom Asperger, sakit pinggang, gangguan bipolar, body dismorphic disorder, penyakit Crohn, ketagihan dadah, asma, tidak datang haid, endometriosis, sawan (epilepsi), masalah ereksi, fibromyalgia, glaucoma dan sakit kepala.

Beberapa penyakit seperti bronkitis, diabetes dan hepatitis C juga boleh dirawat menggunakan ganja. Namun data tinjauan menunjukkan tiada seorang pun responden yang menggunanya untuk tujuan tersebut.

Pangkalan data Natural Standard memaparkan bukti sains berdasarkan kategori jelas, baik dan tidak jelas terhadap manfaat ganja untuk tujuan perubatan. Manfaat yang disenaraikan oleh Natural Standard hanya adalah sedikit berbanding dengan pelbagai kegunaan yang digunakan dalam tinjauan AHG.

Sebahagian herbalis mengamalkan penggunaan sesuatu herba secara empiris iaitu berdasarkan keputusan daripada pengamalan yang tidak semestinya didahului oleh penemuan sains.

Menurut mantan pengarah Perubatan Tradisional dan Komplementari (T&CM) dalam sebuah bengkel penerangan beberapa tahun dahulu, hanya pengamal perubatan alternatif yang berdaftar dengan T&CM dibenarkan menggunakan herba yang dikategorikan sebagai bahan narkotik. Untuk keterangan lanjut sila ajukan soalan anda kepada pegawai T&CM.





Tukar dari Plastik ke Petrol

$
0
0

Ibrahim Soboh dari Gaza telah membina sebuah loji berteknologi tinggi dengan hanya menggunakan peralatan asas untuk menukar plastik kepada minyak petrol. Beliau mengambil masa hanya 7 bulan untuk menyiapkan kilang mini beliau.

Pengepungan Israel ke atas Gaza telah menyebabkan kesusahan dan kesengsaraan kepada lebih 1.8 juta penduduknya dan sumber utama yang terjejas adalah minyak petrol. Kesempitan ini membawa kepada beberapa idea kreatif dari mereka sebelum ini dan ini adalah tekonologi terbaru yang dihasilkan.

Ibrahim Soboh enggan mendedahkan rahsia ciptaannya tetapi berkata idea itu datang apabila beliau mengetahui bahawa plastik dibuat dari bahan api dan hasil buangan di Gaza yang utama adalah plastik.

Menurut beliau lagi, setiap 1.5 kilogram plastik akan memberikan satu liter bahan api dan hasil ini dapat digunakan untuk menjana elektrik, kereta dan mesin-mesin yang lain. Beliau juga sedang mencari penderma untuk mendirikan kilang yang lebih besar dan percaya bahawa teknologi ini dapat menyelesaikan 2 masalah utama iaitu menggalakkan kitar semula dan membantu krisis bahan api di Gaza.

Hebat bukan?





sumber

Lebuh Raya Solar - Jalan Raya Pintar Dengan Penel Tenaga Solar

$
0
0


Jalan raya pintar dengan penel tenaga solar. Satu inovasi baru jadikan jalan raya sebagai sumber tenaga. Di Amerika Syarikat projek Solar Roadwayssedang dibangunkan bagi melihat sama ada jalan raya yang mempunyai panel solar, paparan LED dan sistem pemanas boleh dijadikan realiti. Projek ini adalah buah fikiran pasangan suami Isteri Scott dan Julie Brusaw. Mereka menyedari terdapat banyak jalan raya yang sentiasa disinari matahari. Luas permukaan jalanraya di Amerika Syarikat sekiranya digabungkan adalah lebih besar dari keluasan stesen janakuasa solar yang sedia ada. Dari idea menyepadukan jalan raya dengan panelk solar pada tahun 2006, Solar Roadways kini juga menyepadukan panel paparan LED dan sistem pemanasan jalan raya kepada modul sedia ada.


Paparan LED membolehkan maklumat terkini trafik dipaparkan atas permukaan jalan raya seperti penutupan laluan, kemalangan ataupun amaran cuaca. Sistem pemanasan pula membolehkan jalan raya berfungsi sepanjang tahun tanpa masalah ditimbun salji serta black ice yang mengakibatkan kemalangan. Jalan raya pintar Solar Roadways mungkin akan akhirnya mengubah jalan raya yang dahulunya digunakan oleh kenderaan berkuasa petroleum yang tidak mesra alam kepada penjana tenaga hijau di masa hadapan. Terdapat juga perancangan menyepadukan kabel elektrik dan telekomunikasi ke dalam modul Solar Roadways yang berbentuk hexagon. Ini akan mengurangkan jumlah kabel yang dipasang di tepi jalan. Ini sebuah lagi idea baru yang ingin mengurangkan pergantungan kita kepada bahan api fosil.





JUMPR - Powerbank Mampu Cas Bateri Kereta

$
0
0

JUMPR - Powerbank berkapasiti 6000 mAh ini bukan sahaja mampu mengecas kesemua peranti pintar mudah alih anda tetapi juga mampu menghidupkan semula kereta anda apabila baterinya mati.

Paling menakjubkan produk itu bersaiz kecil (panjang 5.5 inci) dan hanya seberat 198 gram, lebih ringan daripada Xperia Z Ultra.

Ia juga turut mempunyai lampu suluh LED terbina yang boleh digunakan ketika kecemasan pada waktu malam.

Dijangkal akan dijual dengan harga RM228+-.





Viewing all 188 articles
Browse latest View live